Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Saturday 25 July 2015

Ahli UMNO Perlu Bersatu Hadapi Fitnah





BATU KURAU:  Ahli-ahli UMNO disaran supaya terus bersatu bagi menempuh pelbagai fitnah yang dilontarkan oleh banyak pihak sejak kebelakangan ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainuddin  meminta supaya rakyat mampu untuk membezakan di antara baik dan buruk sesuatu berita tersebut.
Ahli UMNO janganlah terikut-ikut begitu juga dengan rakyat yang sepatutnya tahu bezakan mana buruk, mana baik di zaman yang penuh dengan fitnah ini.
Perkara-perkara yang boleh memburukkan Negara senang dilakukan dengan perkara-perkara fitnah terancang,”katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Anjuran UMNO Bahagian Larut Matang dan Selama, tengah hari tadi.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Luar turut berkata, rakyat perlu menyedari bahawa segala tindakan yang di ambil pihak kerajaan adalah demi  kebaikan Negara.
Rakyat perlu tahu bahawa apa sahaja yang kerajaan buat pada hari ini adalah untuk kebaikan bangsa, agama dan Negara yang selama ini hidup dalam keadaan aman dan sejahtera,”ujarnya.
Sementara itu, beliau turut mengulas tindakan penarikan lesen penerbitan akhbar The Edge.
Katanya, tindakan yang dilakukan itu bertujuan untuk menyiasat sama ada maklumat yang disebarkan kepada rakyat hanya untuk memastikan kesahihannya.
Kadang-kadang ada sesetengah yang tak faham bahawa sudah ada orang yang mengakui menerima maklumat daripada pihak yang ditangkap, maka kita mahu siasat bahawa perkara yang mereka siasat itu betul atau salah.
Sebab itu, kita harus menggantungkan dahulu supaya kita dapat mencari kebenaran dan ini adalah satu perkara yang baik supaya mereka dapat mengeluarkan perkara-perkara yang betul sahaja,”katanya. 

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula Isnin ini.

No comments:

Post a Comment