KUALA
LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kejutan
sambutan hari jadinya ke-62 hari ini.
Menerusi
laman facebooknya hari ini, sambutan hari jadinya diraikan dengan
pemberian dua biji kek di pejabatnya pagi tadi.
“Saya
dikejutkan dengan kek di Pejabat tadi. Terima kasih atas ucapan
selamat hari jadi,” katanya ringkas.
Menteri-menteri
kabinet dan ahli-ahli parlimen juga mengambil kesempatan untuk
mengucapkan selamat melalui platform media sosial seperti Twitter.
Najib
dalam akaun Twitter peribadinya juga turut menulis sebarang tweet
tentang kejutan yang diberikan kepadanya oleh pegawai-pegawainya.
Beliau
berkata: “Saya terkejut dengan kek di pejabat tadi Terima kasih
kerana hasrat hari jadi..”,
Orang
ramai juga tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan hari lahir
mereka kepada pemimpin nombor satu negara ini.
Najib
dilahirkan pada 23 Julai 1953, di Kuala Lipis, Pahang.
No comments:
Post a Comment