BATU
KURAU: Kerajaan diminta agar mengkaji semula sistem Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas Pertubuhan Peladang.
Pengerusi
Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad
Zainuddin Raja Omar berkata, meskipun terdapat subsidi yang
diberikan, namun GST perlu dikecualikan kepada Peladang.
“Sekiranya
ahli Peladang dikenakan GST, ianya akan memberi kesan terhadap hasil
pertanian negara.
“Oleh
itu, kami merayu supaya ahli Peladang dikecualikan GST kerana ianya
merupakan salah satu pertubuhan dibawah Kerajaan,”katanya ketika
ditemui di Majlis Rumah Terbuka PPK Batu Kurau, hari ini.
Selain
itu, beliau turut menyarankan agar Pertubuhan Peladang dapat mencari
alternatif atau teknologi baharu untuk menyuburkan tanah pertanian.
“Sekiranya
ada teknologi baru yang boleh menyuburkan tanah, pastinya ia dapat
menggalakkan aktiviti pertanian.
“Kalau
tidak, hasil pertanian masih berada di takuk yang lama,”ujarnya.
Terdahulu, Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi, Sains dan Alam Sekitar, Datuk Dr
Mohamad Amin Zakaria, telah merasmikan Pusat Pengumpulan Hasil
Pertanian Batu Kurau yang berlangsung di sini hari ini.
Katanya,
sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk membina 30 pusat pengumpulan di
negeri ini yang menelan belanja RM100,000 setiap satu.
Beliau
turut menyampaikan zakat PPN kepada hampir 150 ahli Peladang yang
layak.
No comments:
Post a Comment