Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Thursday 2 July 2015

Sultan Perak Berbuka Puasa Bersama Rakyat



BAGAN SERAI: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Ar-Ridhuan, Alor Pongsu, di sini hari ini.
Baginda turut berkenan untuk berbuka puasa bersama hampir 1,500 penduduk setempat yang hadir pada majlis tersebut.PERAK TODAY 3Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Meor Redzuan Mahyuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Dr Amiruddin Mohammed. PERAK TODAY 6Sultan Nazrin juga turut berkenan menanam pokok di perkarangan kawasan masjid tersebut. Turut serta bagi sesi tersebut Menteri Besar Perak.PERAK TODAY 5PERAK TODAY 8Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan solat sunat tarawikh secara berjemaah bersama-sama dengan rakyat jelata yang hadir.PERAK TODAY 4Usai menunaikan solat Maghrib, Tuanku turut berkenan  menyampaikan sumbangan Baitulmal kepada 1,555 golongan fakir miskin di Daerah Kerian yang diwakili oleh Penghulu di daerah Kerian.
PERAK TODAY 9Pengerusi Masjid Ar-Ridhuan, Mat Radzi Ali berkata, masjid tersebut baharu sahaja siap diubahsuai pada penghujung tahun lalu.
“Masjid ini telah berusia lebih kurang 80 tahun dan baharu sahaja siap diubahsuai pada penghujung tahun lalu.
“Masjid ini mampu menampung lebih kurang 1,000 jemaah daripada lapan buah kampung yang berhampiran,”katanya.
Menurut beliau lagi, kos pengubahsuaian masjid menggunakan peruntukan masjid itu sendiri selain daripada bantuan kewangan sebanyak RM400,000 daripada Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment