Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Sunday 5 July 2015

MB Perak Rai 116 Anak Angkat



IPOH: Seramai 116 pelajar menerima duit raya sempena Syawal ini yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli ketika program Sinar Kasih Aidilfitri, Penyampaian Sumbangan Hari Raya Bersama Anak Angkat Menteri Besar Perak, hari ini.
Pelajar-pelajar yang dipilih dari setiap daerah di negeri ini juga berpeluang untuk membeli baju raya melalui sumbangan empat buah syarikat korporat bagi dana program kali ini.
1
Zambry dalam ucapannya berkata, program sebegini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa di luar sana masih ada golongan yang kurang bernasib baik.
“Program ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat sebab semua tahu, di luar sana masih ada mereka yang kurang bernasib baik.
“Selagi saya masih bergelar Menteri Besar, saya akan terus membantu golongan-golongan miskin dan anak-anak yatim,”ujarnya.
10
Program Anak Angkat Menteri Besar Perak dianjurkan oleh Yayasan Bina Updaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan telah bermula semenjak 2010.
Semenjak penubuhannya, jumlah penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah meningkat sebanyak 116 orang daripada 104 iaitu pelajar bagi menyertai program tersebut.
9
Program tersebut juga telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan pesertanya terdiri daripada pelbagai latarbelakang kaum.
Empayar Indera Sdn Bhd telah menyumbang sebanyak RM29,000, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak memberi sumbangan sebanyak RM20,000, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) sebanyak RM12,000 manakala Mydin Hypermarket memberikan diskaun dan tempat penganjuran program.
5
Turut hadir ke majlis tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Puhat Mat Nayan dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Pengerusi YBUDR, Datuk Saarani Mohamad.

No comments:

Post a Comment