Pengerusi Jawatankuasa
Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul Zaman Yahya menafikan
tuduhan kononnya beliau mengugut untuk memukul wakil rakyat Tronoh, Yoong Choo
Kiong.
Beliau mengegaskan,
tuduhan Pengerusi DAP Perak, Nga Nor Ming yang juga ADUN Kepayang itu di dalam
laman sosial Facebooknya adalah suatu fitnah jahat.
Menurut beliau, Kor Ming
yang sentiasa melaungkan slogan intergriti dan perofesionalisme , langsung
tidak mencerminkan elemen-elemen tersebut kerana membuat fitnah jahat.
“Bila masa saya ugut
Tronoh, nak pukul dia. Kepayang sendiri tidak ada di sini ketika kejadian
berlaku. Malulah Pengerusi DAP Negeri, Ahli Dewan yang begitu senior membuat
fitnah jahat seperti itu,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Isnin.
Beliau menyifatkan insiden
pada 31 Mac 2015 merupakan satu `titik hitam’ dalam sejarah Kesultanan Perak
yang dianggap satu kebiadapan yang disengajakan dan tidak boleh dimaafkan
begitu sahaja.
Beliau berkata, istiadat
pembukaan Sidang DUN adalah majlis tuanku dan pertama kali sebagai selepas
dimasyurkan sebagai Sultan Perak.
Katanya, tindakan tuanku
yang beredar tanpa menikmati hidangan santapan, tidak bergambar dan tidak
bersalaman dengan semua ADUN seperti kebiasaannya adalah bukti kemurkaan tuanku
ketika itu.
“Jadi, janganlah menuduh
kami mengheret Tuanku ke dalam polimik ini kerana sekiranya pembangkang tidak
bertindakan biadap ada `Black 313’, maka kita tidak perlu pun untuk berbicara
tentang perkara-perkara itu,” tegas Shahrul.
No comments:
Post a Comment