Persidangan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kecoh apabila berlaku
pertikaman lidah antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang pada
sesi perbahasan yang hampir mencetuskan pergaduhan.
Ia bermula
apabila Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh) mempersoalkan tindakan pihak
kerajaan mengkritik tindakan pembangkang berpakaian hitam ketika
istiadat pembukaan sidang DUN Perak semalam.
Persoalan
itu dilemparkan ketika mencelah sewaktu Datuk Khusairi Talib
(BN-Slim) membahaskan usul menjunjung kasih terhadap Sultan Perak,
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Khusairi
dalam ucapannya menyatakan tindakan wakil rakyat pembangkang
berpakaian hitam ketika istiadat perasmian adalah perbuatan kurang
ajar kerana jelas dalam surat jemputan meminta ahli dewan memakai
pakaian rasmi nombor satu.
Tambahan
pula, kata beliau, ia adalah acara rasmi pertama di DUN Perak selepas
Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak.
Datuk
Shahrul Zaman Yahya (BN - Rungkup) kemudiannya bangun dan
mempersoalkan mengapa wakil rakyat pembangkang tidak berpakaian hitam
hari ini.
Selepas
itu berlaku cabar mencabar antara kedua-dua mereka yang turut
disertai oleh wakil rakyat kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua
mereka kemudiannya keluar Dewan tetapi tiada apa-apa yang tidak
diingini berlaku selepas itu.
No comments:
Post a Comment