Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Sunday 26 April 2015

Yayasan NAAM Bantu Belia Jana Pendapatan RM10,000 Sebulan

Seramai 109 peserta Projek Perintis Fertigasi Cili Padi seluruh negara yang diwujudkan Yayasan New Affirmative Action Movement (NAAM) kini memperoleh pendapatan sekitar RM 10,000 sebulan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan berkata, pendapatan tinggi itu seharusnya dijadikan motivasi kepada belia di negara ini untuk menceburi bidang pertanian.
"Setiap peserta yang menjaga satu ekar tanah dan setiap enam bulan purata yang mampu diperolehi ialah sekitar RM 60,000 hingga 70,000.
"Ini adalah pulangan yang cukup baik di mana belia perlu merebut peluang. Daripada menganggur tunggu pekerjaan baik masuk bidang pertanian," katanya.
Menurut Saravanan, melalui program itu kesemua peserta dibimbing oleh tenaga pengajar yang pakar dalam bidang pertanian berkaitan cara menanam Cili Kulai di atas sebidang tanah seluas 1 ekar bagi setiap peserta dalam masa enam bulan.
Kata beliau, program itu ketika ini telah memasuki fasa keduanya yang akan melibatkan 500 peserta lagi khususnya dari golongan belia di seluruh negara.
"Kita akan libatkan kesemua negeri termasuk penang, selangor dan sebagainya," ujar beliau. Beliau juga menyeru belia untuk mendekatkan diri dengan bidang pertanian kerana ianya akan memberi pulangan yang menguntungkan.
"Penyertaan belia dalam sektor pertanian ketika ini memang tidak mengalakkan. "Tapi kita kena ingat perniagaan alaf baru nanti ialah pertanian, populasi makin bertambah tetapi bilangan petani makin berkurangan.
"Tidak mustahil satu hari nanti produk paling mahal ialah produk pertanian," jelas beliau.



No comments:

Post a Comment