Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Saturday 11 April 2015

Saya Bertanggungjawab Kepada Rakyat Dan Parti:- DS Mohd Najib Tun Razak



Tatkala pelbagai pihak melemparkan kritikan dan menyoalkan cara kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau menerima perkara itu sebagai sesuatu yang positif.
Menjelaskan perkara itu pada umum, beliau menegaskan bahawa apa jua keputusan yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawabnya ke atas rakyat dan parti.
“Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Tetapi saya perlu tegaskan pada kesudahannya, saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, dan saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan kepada parti. Itu saya nak tegaskan.
“Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti,” jelas beliau.
Dato’ Seri Mohd Najib juga menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mengenai pentadbiran beliau.
“Saya tetap hormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya hormati rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang mengkritik kepimpinan saya, pentadbiran saya,” katanya.
Sebelum itu Dato’ Seri Mohd Najib menjelaskan usaha yang dijalankan kerajaan untuk memantapkan ekonomi Negara dikala berdepan dengan isu kejatuhan harga bahan api.
“Sudah tentu mana-mana negara pengeluar minyak terpaksa membuat penyesuaian/adjustment kepada kedudukan fiskal negara, supaya langkah-langkah yang lebih proaktif kita dapat menjamin bahawa fundamental ekonomi negara kita masih kukuh.
“Ini yang nak saya tekankan. Meskipun harga minyak jatuh tetapi fundamental ekonomi negara kita tetap utuh dan kita masih boleh mencapai kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.

“Kita masih boleh menarik pelaburan, kita masih boleh melaksanakan pembaharuan transformasi negara dan kita boleh terus memastikan rakyat Malaysia terbela,” jawab beliau dalam menjelaskan persoalan dari segala aspek berkaitan pentadbirannya.

No comments:

Post a Comment