Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan bahawa Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memang murka dengan tindakan
wakil rakyat pembangkang mengenakan pakaian hitam semasa perasmian
Sidang DUN pada Selasa.
Sehubungan
itu, Dr Zambry mengherdik wakil rakyat pembangkang yang masih
mempersoalkan kesahihan kemurkaan tuanku dan mendakwa kononnya beliau
dan Speaker DUN yang membuat interpritasi sendiri.
"Saya
terkejut dengan soalan mereka bertanya apakah tuanku benar-benar
murka ataupun tidak, saya nak jawablah, tuanku murka lah, senang saya
cerita. Sebab kalau tidak, dalam soalan Dewan tadi kata, tuanku tidak
murka langsung," katanya pada sidang media pada Rabu.
Sebelum
ini, dalam usaha mempertahankan tindakan mereka berpakaian hitam pada
hari pertama Sultan Nazrin merasmikan Sidang DUN sebagai Sultan
Perak, wakil-wakil rakyat pembangkang mendakwa bahawa baginda
sebenarnya tidak murka.
Sebaliknya mereka menuduh pihak Menteri Besar, Speaker DUN dan wakil rakyat kerajaan menggunakan nama tuanku untuk menutup isu-isu lain.
Sebaliknya mereka menuduh pihak Menteri Besar, Speaker DUN dan wakil rakyat kerajaan menggunakan nama tuanku untuk menutup isu-isu lain.
Dr Zambry
berkata, beliau sendiri bersama dengan Sultan Perak semalam dan
selepas perasmian tuanku sepatutnya berangkat ke bilik diraja untuk
santapan ringkas, kemudiannya turun mencemar duli untuk bergambar
bersama dengan wakil-wakil rakyat, seterusnya menerima mengadap dan
bersalam setiap wakil rakyat seperti tradisinya.
"Tapi
apabila keadaan sebegitu semalam, habis saja titah ucapan, terus
tuanku memaklumkan kepada saya, tuanku perlu berangkat pulang.
"Takkan
yang itupun kita tidak faham dan ada di antara mereka yang berkata,
tuanku tidak murka, takkanlah kita tidak faham apabila tuanku
bertindak begitu," ujarnya.
Menteri
Besar mengulangi rasa kecewanya dengan tindakan wakil rakyat
pembangkang pada hari bersejarah yang akan menjadi lipatan sejarah,
termasuk sejarah hitam yang dilakukan pembangkang.
Sambil
menyifatkan tindakan pembangkang itu sebagai biadap dan tidak
menghormati institusi raja, beliau menempelak mereka kerana masih
cuba menegakkan benang basah.
"Saya
ingin bertanya, jika mereka benar-benar ikhlas, kenapa dibuat
semalam, bukan hari ini. Mereka ada empat hari lain tetapi kenapa
pada hari pertama.
"Kalau
membantah mengenai GST, kenapa tidak dilakukan hari ini kerana GST
dilaksanakan hari in," ujarnya.
No comments:
Post a Comment