Upacara
istiadat pembukaan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini dicemarkan
dengan tindakan biadap wakil pembangkang yang memilih untuk tidak
mengenakan pakaian istiadat bagi menghormati keberangkatan Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merasmikan sidang DUN ke-13.
Kesemua
wakil pembangkang sepakat menghadiri upacara istidiat dengan suit
serba hitam manakala baju Melayu serba hitam bagi kalangan
pembangkang beragama Islam.
Ternyata
tindakan wakil rakyat pembangkang ini merupakan satu perbuatan biadap
dan tidak menghormati Sultan Nazrin yang berangkat hadir untuk
merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri buat kali pertama sebagai
Sultan Perak setelah dimasyhurkan pada 29 Mei, 2014.
"
Baginda dalam ucapan perasmiannya melahirkan hasrat untuk melihat Dewan Negeri Perak terus dijadikan kebanggaan rakyat negeri ini.
"
Baginda dalam ucapan perasmiannya melahirkan hasrat untuk melihat Dewan Negeri Perak terus dijadikan kebanggaan rakyat negeri ini.
"Persidangan
hari ini mencatat sejarah keberangkatan Beta atas nama Sultan Perak
dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan sejak dimasyhurkan
sebagai Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei, 2014.
"Menjadi hasrat Beta Dewan Negeri ini dijadikan contoh rujukan dari segi prosiding, kualiti perbahasan serta tata kesopanan ahli Dewan," titah baginda.
"Menjadi hasrat Beta Dewan Negeri ini dijadikan contoh rujukan dari segi prosiding, kualiti perbahasan serta tata kesopanan ahli Dewan," titah baginda.
Difahamkan
tindakan mereka mengenakan baju serba hitam adalah sebagai tanda
protest terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Ketua
Pakatan Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan
liwat dan sedang menjalani hukuman lima tahun penjara.
No comments:
Post a Comment