Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, banjir adalah bencana
berulang yang berlaku setiap tahun dan ia telah membebankan ramai
rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah.
"Banjir
adalah bencana berulang yang telah berlaku dan akan berlaku. Jika
banjir merupakan medan pertarungan, kita tidak dapat lari darinya
setiap tahun.
"Kebanyakan
mangsa banjir adalah dari kalangan rakyat berpendapatan rendah, ramai
yang berada dalam kategori miskin. Bencana banjir akan menambah
beratkan beban tanggungan mereka," titah baginda.
Sultan
Nazrin bertitah demikian ketika berkenan menyempurnakan istiadat
pembukaan rasmi Penggal Ketiga Dewan Negeri yang ke-13 Perak di
Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh pada Selasa.
Baginda
bertitah, banjir besar tahun lalu telah menjejaskan kehidupan 2,896
keluarga dan mengakibatkan kemusnahan infrastruktur dan aset awam
yang dianggar mencecah RM270 juta manakala lebih RM63 juta bagi rumah
dan aset persendirian.
Titah
baginda, keseluruhan kerosakan yang dinilai sehingga kini berjumlah
hampir RM380 juta di mana RM104 juta perlu ditanggung oleh kerajaan
negeri sementara RM276 juta melibatkan infrastruktur dan kemudahan
awam kerajaan Persekutuan.
Justeru
itu, Sultan Nazrin bertitah, pelan induk jangka panjang menangani
banjir amat diperlukan untuk mengatasi masalah dan kesusahan rakyat
di kawasan-kawasan yang terlibat banjir.
Titah
baginda lagi, aset logistik yang sedia ada juga perlu ditambah serta
dinaik taraf bagi memudahkan aktiviti komunikasi dan menyelamat.
"Kerajaan
beta dan kerajaan Persekutuan hendaklah bersedia melakukan komitmen
pelaburan modal jangka panjang dan merangka pelan induk jangka
panjang untuk menghadapi dan menangani bencana banjir.
"Pelan
Pengurusan Lembangan Sungai Secara Bersepadu juga hendaklah terus
dikemaskinikan dan semua jabatan serta agensi hendaklah mematuhi
tatacara yang digariskan dalam pelan pengurusan ini.
"Beta
menzahirkan penghargaan semua pihak yang telah membuktikan
komitmendan pengorbanan bekerja siang dan malam tanpa mengira waktu
menghulurkan khidmat untuk meringankan tanggungan mangsa-mangsa,"
titah baginda.
No comments:
Post a Comment