Pergerakan
Pemuda UMNO Negeri Perak mencadangkan supaya anugerah yang membawa
gelaran Dato' Seri dan Dato' kepada Ir Mohd Nizar Jamaluddin dan Ngeh
Koo Ham ditarik balik.
Ketuanya,
Hairul Anwar Mohd Noor berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan
menghantar memorandum kepada pihak istana secepat mungkin, ekoran
tindakan wakil rakyat pembangkang semalam yang mereka sifatkan
sebagai biadap dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.
Menurut
beliau, selain cadangan itu, memorandum yang bakal dihantar juga akan
menyatakan Pemuda UMNO menjunjung kasih terhadap Sultan dan bersedia
mempertahankan institusi itu sehingga ke titisan darah terakhir.
Beliau
berkata, Pemuda UMNO juga mahu kerajaan negeri Perak mengambil
tindakan tegas dan tidak berkompromi terhadap ahli-ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) pembangkang kerana sikap kurang ajar dan tidak
bertamaddun yang ditunjukkan oleh mereka ketika Sultan Perak
merasmikan sidang DUN pada Selasa.
"Sikap
yang ditunjukkan oleh ADUN-ADUN pembangkang Perak menunjukkan mereka
tiada rasa hormat serta tidak memberi pengiktirafan terhadap
institusi Raja-Raja Melayu seperti yang dinyatakan di bawah
Perlembagaan negara," katanya pada sidang media di Bangunan
Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.
Sebelum
itu, beliau bersama-sama beberapa pemimpin pertubuhan kerajaan (NGO)
menyerahkan memorandum kepada Speaker DUN yang diterima oleh Timbalan
Speaker, Datuk Nasarudin Hashim.
Hairul
berkata, memorandum itu antara lain meminta Speaker DUN Perak
mengambil tindakan terhadap kesemua ADUN yang terlibat, termasuk
mengusulkan supaya mereka dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan
Kebebasan Dewan Negeri Perak.
Menurutnya,
telah menjadi amalan, setiap kali menghadiri aturcara yang melibatkan
keberangkatan Sultan, terdapat kod etika pakaian yang wajib dipatuhi.
"Kami
difahamkan, kad jemputan untuk perasmian Dewan Negeri jelas
menerangkan kod etika pakaian iaitu Pakaian Nombor Satu (Hari
Kalong).
'Bermakna,
semua ADUN dan jemputan hendaklah memakai pakaian istiadat dan mereka
sengaja membuat provokasi kerana selama ini, mereka terlepas daripada
apa-apa hukuman walaupun mereka melanggar undang-undang serta
peraturan," ujarnya.
Beliau
memberi contoh, tindakan ganas pembangkang ketika perasmian Sidang
DUN pada 9 Mei 2009 sehingga pemangku raja ketika itu terpaksa
menangguhkan keberangkatan baginda ke dalam Dewan, tetapi tiada satu
hukuman pun dikenakan kepada mereka.
"Ini
adalah punca mereka bertindak mengikut hawa nafsu serakah tanpa
menghormati mana-mana institusi. Oleh itu, sekali lagi Pergerakan
Pemuda UMNO Perak mahu Speaker dan kerajaan negeri mengambil tindakan
tegas terhadap mereka ini," tegasnya.
Hairul
melahirkan rasa hairan mengapa pembangkang menyatakan protes pada
hari perasmian Sidang DUN dengan keberangkatan Sultan Perak yang
pertama kali merasmikan persidangan itu.
"Ini
jelas menunjukkan mereka tidak menghormati Sultan dan yang lebih
memeranjatkan apabila dua wakil rakyat Melayu dari PAS yang turut
serta tidak menghormati Sultan," kata beliau.
No comments:
Post a Comment