Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Tuesday 30 June 2015

BR1M Tidak Akan Ditukar Kepada Bentuk Pelaburan



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan satu bentuk pelaburan atas nama penerima BR1M.
Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong dalam Persidangan Dewan Negara hari ini
Memetik sumber daripada Bernama, Datuk Chua Tee Yong menjelaskan bahawa pemberian BR1M adalah bantuan jangka pendek dan bermatlamat membantu rakyat berpendapatan rendah untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup.
Bantuan ini diberi secara menyeluruh kepada semua yang layak tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik. Kriteria BR1M juga bukanlah berdasarkan paras kemiskinan sebaliknya bertujuan memberi subsidi kepada golongan sasar,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.
Tambahnya lagi,  Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) juga berpendirian bahawa pemberian subsidi secara terus seperti BR1M adalah lebih bermanfaat berbanding subsidi berbentuk ‘blanket’, yang melibatkan semua orang termasuk golongan berpendapatan tinggi.
Dulu kerajaan mempunyai subsidi ‘blanket’ di mana subsidi ini tidak sasar, maka ia menjadi isu kerana ada yang kaya menikmati lebih banyak subsidi.

Jadi tujuan kita bukanlah pemberian semata-mata kepada kategori miskin tetapi melibatkan kategori yang perlu ditolong,” katanya dalam laporan itu lagi.

Monday 29 June 2015

DEB Mampu Bangunkan Ekonomi Negara -Tun M



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerangkan mengenai penulisan sebuah majalah “Foreign Affairs” mengakui bahawa biarpun wujud tindakan afirmatif di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kebanyakan negara-negara membangun yang lain.
Menerusi coretan terbaharu di blognya semalam, beliau menyatakan bahawa majalah ini memasukkan kajian rekod Malaysia mengenai hubungan antara kaum.
Seperti yang saya jangkakan Kaum-Kaum hidup dalam harmoni yang relatif. Tiada pergaduhan kaum yang serius.
Tindakan afirmatif di bawah DEB seolah-olah telah mengurangkan jurang perbezaan dalam pengagihan kekayaan antara orang Melayu asli dan orang Cina.,” katanya.
Tambahnya, majalah tersebut turut menyatakan mengenai Bumiputra memiliki hanya 2 peratus kekayaan negara sebelum DEB dan kekayaan mereka kini telah meningkat kepada 19 peratus dan perbezaan itu masih ada tetapi berkurangan.
Tambahnya, Amerika Joseph Stiglitz menulis bahawa jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin telah mencapai tahap yang berbahaya manakala di India dan Afrika Selatan juga telah mencuba tindakan afirmatif tetapi hasilnya tidak sebaik seperti di Malaysia.
Nampaknya Malaysia lebih berjaya dalam membina masyarakat berbilang kaum yang lebih saksama daripada kebanyakan negara-negara berbilang kaum yang lain termasuk Amerika Syarikat.
Dasar kesamarataan layanan iaitu meritokrasi tidak membuahkan hasil yang ketara,” katanya.
Ujarnya lagi, Majalah Foreign Affairs juga seolah mengakui bahawa tindakan afirmatif Malaysia itu mempunyai merit.
Sepertimana terdapat perubahan pendapat mengenai dasar kadar pertukaran tetap Malaysia, kini terdapat juga perubahan kutukan mengenai tindakan afirmatif kita, sekurang-kurangnya oleh Majalah Foreign Affairs.
Media asing lain hanya menyalin laporan berat sebelah yang dibuat lama dahulu tanpa cuba untuk menyiasat realiti mengenai pengurusan hubungan kaum Malaysia dan pembangunan ekonominya,” katanya lanjut.



Sunday 28 June 2015

ISMA Kritik Tindakan Pak Samad Sertai DAP



KUALA LUMPUR: Ikatan Muslim Muslim Malaysia (ISMA) dengan lantang mengkritik tindakan Sasterawan negara A Samad Said berikutan tindakannya menyertai DAP.
Memetik sumber daripada laman Freemalaysiatoday, Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman menasihati sasterawan negara itu supaya lebih memikirkan kesan diterimanya setelah memilih keputusannya tersebut.
Tegasnya, Pak Samad sepatutnya berfikir untuk mati dalam kebaikan dan bukannya membuat keputusan menyertai DAP.
Dalam usia yang dah cecah lebih 80an, orang fikir nak mati dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Pilih untuk kembali kpada jalan hidayah dan petunjuk bukan masuk dalam kesesatan DAP.
Semua orang yang ada asas agama tahu bahawa perjuangan DAP bukan jalan hidayah, tetapi hanyut dengan fahaman liberalisme sekular, menyebabkan lahir di kalangan umat Islam individu dan puak yang bertindak tanpa ambil kira halal haram,” katanya.
Sasterawan negar itu memilih menyertai DAP yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang berada di landasan betul kerana memperjuangkan kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.



Saturday 27 June 2015

Kerjasama Dengan DAP Tidak Akan Bertahan Lama



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tetap menegaskan bahawa kerjasama politik di antara PAS dan DAP tidak akan bertahan buat kali yang kedua meskipun hubungan kedua parti itu telah bertahan selama hampir tujuh tahun.
Meskipun begitu, beliau tetap mengharapkan kerjasama politik diantara kedua-dua parti itu akan bertahan lebih lama, jika ada peluang buat kali yang ketiga.
Dari sudut positifnya, hubungan PAS-DAP pada kali ini berlangsung lebih lama berbanding di zaman Barisan Alternatif selepas berehat selama tujuh tahun (2001-2008).
Jika ada kali ketiga, diharap kerjasama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya,”katanya melalui laman Facebook beliau.
Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila DAP secara berterusan menyerang kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menfitnah bahawa PAS akan mengadakan kerjasama politik dengan UMNO.
Lebih baik bagi DAP untuk menumpukan serangan pada UMNO yang berkuasa di kerajaan Persekutuan,”tulisnya.
Tegasnya lagi, PAS tetap akan bersandarkan kepada prinsip dan dasar parti tersebut sebagai dasar perjuangannya.
Beliau turut berkata, PAS akan tetap bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah bermula sejak penubuhannya.
Katanya lagi, parti itu juga akan tetap meneruskan kerjasama politik bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kerjasama kedua parti politik itu telah bermula sejak awal penubuhannya.
PAS kekal dengan kerjasama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya,”katanya.



Friday 26 June 2015

Menteri Besar Perak Serah ‘Goodies Ramadan’



IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini telah menyerahkan ‘Goodies Ramadan’ kepada warga kerja Bangunan Perak Darul Ridzuan dan pengamal media di negeri Perak.
PERAK TODAY 8
Sebanyak 19 goodies telah diberikan sebagai simbolik kepada semua pihak yang terlibat yang dimulai dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
PERAK TODAY 5
Majlis penyerahan goodies berkenaan telah diadakan di ruang legar Pejabat Menteri Besar, di sini, sebentar tadi.
Ia turut dihadiri oleh barisan Exco Kerajaan Negeri.
PERAK TODAY 2
Jumlah keseluruhan goodies yang diberikan kepada kesemua kakitangan yang beragama Islam di negeri Perak adalah sebanyak 1,000 beg yang mengandungi kurma dan juga sejadah.
PERAK TODAY 6

Thursday 25 June 2015

Program Jom Makan Durian Bersama Pelajar Kolej Sebelum Bulan Ramadhan Baru-baru Ini



















 Hari Ini Datuk Dr.Muhammad Amin Zakaria Bersama-sama Pelajar-pelajar Kolej Profesional Bandar Melaka dan Kolej Mara Seremban singgah makan durian Batu Kurau di pusat pengumpulan durian Kg Anak Kurau hmm nyamm nyammm best nyer...

Wednesday 24 June 2015

Bertugas Dan Melawat Kawasan


















 Hari Ini Datuk Dr.Muhammad Amin Zakaria bertugas di Pusat Khidmat dan SeLepas solat Jumaat Meronda kawasan melihat beberapa tempat yang memerlukan perhatian. Singgah di sebuah tempat pengumpulan Durian Tukugho di Kg Perak. Lihatlah betapa banyaknya durian yang dikumpul dari Kg Sempeneh, Kg Perak dan kg-kg sekitarnya. Durian ini akan dihantar terus ke kilang-kilang di Taiping dan lain lagi untuk diproses dalam pembuatan makanan ringan. Harga sekitar RM5/kg pd masa ini. Lepas raya ada program besar yang akan kami lakukan berkaitan dengan durian. Jemput datang nanti ya Teman-teman semua...

Tuesday 23 June 2015

Ketua Kampung & JKKK Perlu Laksana Tanggungjawab -DS Zambry



IPOH: Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disarankan supaya melaksanakan tanggungjawab dalam memperkukuhkan lagi peranan mereka di kawasan masing-masing.
Salah satu daripadanya adalah dengan menjadi agen pendaftar pengundi bagi mengesan pengundi yang masih belum berdaftar di kampung masing-masing.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Kampung dan JKKK berkenaan bertanggungjawab dalam memastikan pengundi yang sudah layak untuk berdaftar perlu berbuat demikian.
Saya telah sarankan kepada Ketua Kampung dan JKKK tadi supaya dapat pergi ke kawasan-kawasan dan memastikan mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi hendaklah dilaksanakan.
Kita memberi perhatian untuk mendaftar pengundi-pengundi kerana tanggungjawab sebagai warganegara, apabila mereka cukup umur untuk mengundi, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakannya,” jelasnya.
PERAK TODAY 4
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-Ketua Kampung dan JKKK di kediaman rasminya pada Selasa.
Ujarnya, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan kepada pihaknya bahawa Ketua Kampung dan JKKK ini boleh menjadi agen pendaftar pengundi.
Saya telah dimaklumkan oleh pihak SPR bahawa ketua-ketua kampung dan penghulu boleh bertindak sebagai agen
Lantaran itulah pada pertemuan pada hari ini, saya telah memaklumkan kepada mereka supaya menjalankan tanggungjawab ini kerana merekalah yang lebih dekat kepada masyarakat di kawasan mereka dan lebih tahu anak-anak muda ataupun sesiapa sahaja yang perlu menjadi pengundi,” tegasnya.
Beliau juga berharap agar penekanan berkenaan akan dapat memberi peluang untuk mereka mengenalpasti individu yang berkewajiban untuk mengundi dan seterusnya memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Sementara itu, Zambry juga telah menyarankan agar kesemua Ketua Kampung dan JKKK dapat memainkan peranan dalam mengambil langkah untuk membanteras penularan penagihan najis dadah.
Beliau berkata, ia adalah sebagai salah satu usaha untuk memperkukuhkan lagi peranan JKKK di setiap kawasan di negeri ini.
Kerajaan Negeri menyarankan dan telah meletakkan satu penanda aras kepada JKKK untuk mereka melaporkan daripada segi penglibatan masyarakat di kawasan berkenaan.
Sebagai contoh, Ketua Kampung dan JKKK kena membuat laporan berkala dalam salah satu sesi mesyuarat yang mana dimasukkan agenda pembasmian najis dadah di kawasan kampung berkenaan,” tegasnya.
Tambah beliau lagi, ia termasuklah sejauh mana masyarakat di kawasan kampung berkenaan telah terlibat dalam penagihan dadah.
Bila kita tengok statistik yang telah ditunjukkan kepada kita adalah sangat membimbangkan yang mana lebih daripada 70 peratus yang terlibat dalam najis dadah adalah terdiri daripada anak muda kita
Apa yang nak jadi kepada mereka kalau kita tidak mengambil langkah yang segera?” soal beliau.
Justeru, beliau berharap agar kesemua Ketua Kampung dan JKKK dapat memainkan peranan dalam melaksanakan tanggungjawab bagi membasmi penularan dadah dan seterusnya dapat dibendungnya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.
Terdahulu, seramai hampir 500 Ketua Kampung dan JKKK di seluruh negeri Perak telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini.
Majlis kemudiannya di teruskan lagi dengan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Tarawih yang telah diketuai oleh Syeikh Osama Mohamad Ikbal.
Zambry kemudiannya telah menyerahkan sumbangan kepada kesemua hadirin yang hadir pada majlis tersebut sebaik sahaja selesai solat tarawih berkenaan.





Monday 22 June 2015

400 Pelajar Terima Anugerah Kecemerlangan UPSR & SPM



IPOH: Seramai 400 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang memperolehi keputusan cemerlang di seluruh negeri Perak telah menerima anugerah dalam Majlis Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 serta 2014 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diadakan di sini, hari ini
Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Dewan Bankuet di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Speaker Dewan Negeri, Datuk Seri SK Devamany dan Penasihat kepada Menteri Besar, Datuk V. Elango.
Menurut ibu bapa kepada salah seorang pelajar yang memperolehi anugerah berkenaan, mereka amat berbangga dengan pengiktirafan yang telah diberikan tersebut.
Mereka yang merupakan ibu bapa kepada Anbarasan Segar yang memperolehi keputusan 11 A dalam SPM berkata, anugerah tersebut merupakan suntikan semangat kepada anak mereka untuk lebih berjaya pada masa hadapan.
Anugerah seperti ini akan menaikan lagi semangat dan menjadikan anak kami lebih bersungguh-sungguh dalam mencapai impian mereka,” kata mereka kepada Peraktoday.com.my ketika ditemui di sini, hari ini.
Selain itu, seorang lagi pelajar yang turut mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, Sobana Mohan berkata, anugerah yang telah diterima hari ini telah memberikan semangat kepadanya untuk terus memperolehi keputusan yang terbaik dalam peperiksaan akan datang.
Saya amat berbangga kerana memperolehi anugerah ini, dan saya akan berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelajar, Breven Bal Dev menyatakan bahawa sumbangan yang telah diperolehi pada hari ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan persekolahannya.

Beliau yang memperolehi keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR turut berkata, penghargaan tersebut akan menjadi motivasi kepadanya untuk lebih gigih berusaha sehingga dapat menyambung pelajaran ke menara gading.

Sunday 21 June 2015

“Keprihatinan Kerajaan Negeri Bukan Bermusim” -DS Zambry



IPOH: Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Perak terhadap kebajikan kesemua kaum yang berada di negeri itu bukan hanya bersifat sementara.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Kerajaan Negeri telah memberikan komitmen yang berterusan dalam menyediakan bantuan dan memenuhi keperluan kepada semua rakyat di negeri itu.
Tegasnya, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan tentang segala bentuk bantuan dalam memastikan kemajuan sesuatu kaum di negeri Perak.
Komitmen itu bukan bermusim dan hanya sewaktu saya telah dilantik menjadi Menteri Besar, malah ianya berterusan selepas pilihan raya dan sehinggalah hari ini.
Apa yang saya janjikan dahulu bukan hanya untuk mendapatkan sokongan politik, tetapi saya tunaikan segala apa yang telah saya janjikan sehinggalah hampir enam tahun saya menjadi Menteri Besar,” katanya.
Beliau juga berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu semua lapisan masyarakat khususnya kepada masyarakat India di negeri itu bukan bermusim dan ianya akan berterusan.
Kerajaan Negeri bukan hanya menumpukan kepada kaum tertentu sahaja daripada segi pendekatan yang diambil oleh kerajaan terhadap penduduk di negeri Perak
Saya tahu bahawa masyarakat India di negeri Perak tahu apa yang Kerajaan Negeri telah laksanakan antaranya dalam menyampaikan dan memberikan bantuan pendidikan bagi mereka,” ujar beliau lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang mempersoalkan tentang bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap masyarakat India di negeri itu.
Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri telah berusaha dalam menyediakan program-program pengupayaan yang sesuai dengan keadaan serta kedudukan sesuatu kaum di negeri Perak.
Dalam kontek masyarakat India umpamanya, kita tahu bahawa keperluan-keperluan daripada segi prasarana pendidikan dan keperluan anak-anak mereka untuk belajar adalah merupakan keutamaan mereka.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah bertindak selaras dengan kehendak-kehendak dan permintaan mereka itu dan kita laksanakan dalam tempoh jangka masa yang lama bukan hanya untuk tempoh tertentu sahaja,” kata beliau lagi.
Terdahulu, beliau telah menyampaikan anugerah kepada hampir 400 pelajar berbangsa India yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013 dan 2014 serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.



Saturday 20 June 2015

2,500 Pelajar Tahfiz, Anak Yatim Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Perak



IPOH: Hampir 2,500 pelajar Maahad Tahfiz dan anak-anak yatim dari seluruh negeri Perak telah diraikan dalam satu majlis iftar yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, di sini, hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, majlis iftar berkenaan merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan.
Saya menganggap mereka ini sebahagian daripada kita semua di negeri Perak.
Screenshot_2015-06-21-00-32-19_1
Jangan kita lupakan mereka ini dan kita lakukan majlis ini selama enam tahun semenjak saya jadi Menteri Besar,”katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Katanya lagi, pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim tersebut bukan sahaja dijemput untuk berbuka puasa, malah mereka turut dijemput ke kediaman rasmi beliau setiap minggu untuk majlis agama yang diadakan.
Anak-anak ini pun dah jadi mesra dengan saya, dan ini bukan hanya di waktu bulan Ramadhan sahaja.
Mereka jadikan kediaman ini sebagai tempat mereka dan dapat kita lihat, mereka begitu seronok berada di sini,” ujarnya.
Tambahnya, kerajaan negeri akan turut menghulurkan bantuan kepada sekolah-sekolah maahad dan rumah anak-anak yatim di negeri ini seperti yang dilakukan setiap kali menjelangnya Aidilfitri.
Dalam majlis tersebut, Zambry kelihatan tidak kekok untuk bersama-sama berbuka puasa dengan para pelajar tahfiz dan anak-anak yatim yang hadir.
Beliau juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan bertarawikh secara berjemaah bersama para jemputan.


Friday 19 June 2015

Persiapan malam untuk Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Perak 2015






Jurulatih Astab bersama YB Dato Dr Muhammad Amin Zakaria Adun Batu Kurau yang juga Exco Pendidikan Perak menjadi nadi kejohanan esok


Thursday 18 June 2015

20 ADUN Perak selami kesusahan rakyat melalui Program Ziarah Ramadan

Dua puluh wakil rakyat di Perak memilih menggunakan barakah Ramadan untuk mengeratkan silaturrahim dengan masyarakat setempat serta menceriakan golongan kurang berkemampuan melalui program Ziarah Ramadan.
Dinamakan Program Gerak Mesra Kelab BNBC diketuai Pengerusi BNBC, Datuk Khusairi Abu Talib akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti.
Program yang dilancarkan hari ini dengan membuat kunjungan mesra bersama penduduk sekitar Pasir Panjang dan Pangkor.
Khusairi yang juga merangkap Ketua Penerangan UMNO Perak itu berkata program yang julung kali diadakan itu juga bertujuan mendengar pemasalahan masyarakat setempat.
Katanya pendekatan tersebut merupakan langkah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan wakil rakyat dalam mendengar dan mengambil tindakan terhadap keperluan semasa mereka yang boleh dibantu.
"Program ini adalah hasil retreat khas dua hari di Pangkor dan bersempena dengan kedatangan Ramadan Rabu ini kami mengambil kesempatan melawat 60 buah rumah di sekitar Pasir Panjang dan Pangkor yang berada dalam keadaan agak memerlukan, dengan memberikan sumbangan berupa bungkusan makanan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama wakil JKKK sekitar Pasir Panjang di Dewan JKKK, Kampung Datuk Seri Kamaruddin, Seri Manjung pada petang Isnin.
Jelasnya masyarakat harus sedar yang kesemua pemimpin tidaklah hanya melontarkan kata-kata kosong ketika pemilihan raya sahaja tetapi juga mengambil berat seikhlasnya terhadap kebajikan rakyat agar tiada yang tertinggal dalam pembangunan negeri ini.
Khusairi berkata pihaknya juga akan melaksanakan Program Gerak Mesra BNBBC di beberapa kawasan ADUN tumpuan sepanjang persiapan menuju ke bulan Ramadan al-Mubarak.
Salah seorang penerima sumbangan di Kampung Permatang, Manjung, Fatimah Mohd Shariff,76 berkata kunjungan daripada wakil-wakil rakyat tersebut ternyata merupakan salah satu hadiah yang tidak ternilai buat dirinya.
Beliau yang telah menggunakan kerusi roda sejak lima tahun lepas berikutan serangan angin ahmar bersyukur kerana masih ada insan yang prihatin dan mengambil berat terhadap keadaan dirinya terutamanya menjelang bulan suci ini.
"Memanglah sedih bercampur gembira kerana walaupun usia sudah lanjut dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan, namun saya tersentuh kerana masih ada pihak datang, bertanyakan khabar dan memberikan sumbangan," katanya ketika selepas menerima sumbangan daripada ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

Wednesday 17 June 2015

Program Makan Pulut Durian







Program makan pulut durian bersama Dato Hamzah dan YB Muhammad Amin Zakaria di kampung Air Hitam.Sungguh sedap sekali....

Tuesday 16 June 2015

Majlis Kunjungan panel penilai Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia



























Sekitar Majlis Kunjungan panel penilai Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia ke JKKK Kg. Anak Kurau, Batu Kurau pd 8hb. Jun, 2015. Kg Anak Kurau dicalonkan bersama JKKK Batu 14, Batu Kurau utk ADS1M 2015. Semoga kedua-duanya berjaya. Prgrm ADS1M dapat menunjuk hala tuju yg lbh jelas utk penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan kg dlm 7 aspek kesejahteraan Manfaatnya akn dpt dinikmati bersama oleh warga kg berkenaan. Utk ingin berjaya, setiap penduduk perlu memberi kerjasama yg jitu kpd JKKK masing2. Semoga setiap JKKK dlm DUN BK akn menyertai prgrm ADS1M utk kg yg lebih maju jaya dan sejahtera pd masa akn dtg. Tahniah kpd Kg Jelai dan Kg Sempeneh yg telah berjaya di peringkat negeri dan kebangsaan pd tahun-tahun sebelum ini.