SEREMBAN –
Tindakan 12 pemimpin dan ahli Pas Kawasan Jelebu membuat keputusan keluar
parti, tidak memberi kesan buruk kepada Pas Negeri Sembilan.
Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun
berkata, pihaknya sudah mengetahui perkara itu sebelum kesemua pemimpin dan
ahli terbabit mengumumkan keluar parti secara rasmi, Jumaat lalu.
“Kita teruskan perjuangan parti walaupun
diganggu berita ahli keluar parti.
“Bagaimanapun, kita akan meneliti perkara
ini dan mengkaji punca masalah sebelum sebarang keputusan dan tindakan
diambil,” katanya.
Beliau berkata, Pas Negeri Sembilan
mengadakan pertemuan tertutup malam tadi, membincangkan isu itu.
Katanya, pertemuan di Markas Pas Seremban
itu dilakukan secara tertutup membabitkan beberapa pemimpin parti, selepas
selesai Majlis Sambutan Ambang Ramadan dihadiri Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.
“Selain beramah mesra dengan kepimpinan Pas
negeri, kita mengambil kesempatan berbincang perkara tersebut termasuk program
bagi memantapkan parti,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan hasil
perbincangan tersebut.
Jumaat lalu, 12 pemimpin dan ahli Pas
Kawasan Jelebu keluar parti selepas tidak yakin kepada kepimpinan baharu.
Antara yang keluar parti, Pengarah Pilihan
Raya Pas Jelebu, Saiful Bahri Jaaman; Ketua Pemuda Pas Jelebu, Mohd Faizal
Fadli Idrus; Ketua Penerangan Pas Cawangan Geylang, Raniman A Rani serta ahli
Pas Kawasan Jelebu.
-Sinar Harian
No comments:
Post a Comment