KUALA
LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) dengan satu bentuk pelaburan atas nama penerima
BR1M.
Kenyataan
tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee
Yong dalam Persidangan Dewan Negara hari ini
Memetik
sumber daripada Bernama, Datuk Chua Tee Yong menjelaskan bahawa
pemberian BR1M adalah bantuan jangka pendek dan bermatlamat membantu
rakyat berpendapatan rendah untuk mengimbangi kenaikan kos sara
hidup.
“Bantuan
ini diberi secara menyeluruh kepada semua yang layak tanpa mengira
kaum, agama dan latar belakang politik. Kriteria BR1M juga bukanlah
berdasarkan paras kemiskinan sebaliknya bertujuan memberi subsidi
kepada golongan sasar,” katanya semasa menjawab soalan Senator
Datuk Boon Som Inong.
Tambahnya
lagi, Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) juga
berpendirian bahawa pemberian subsidi secara terus seperti BR1M
adalah lebih bermanfaat berbanding subsidi berbentuk ‘blanket’,
yang melibatkan semua orang termasuk golongan berpendapatan tinggi.
“Dulu
kerajaan mempunyai subsidi ‘blanket’ di mana subsidi ini tidak
sasar, maka ia menjadi isu kerana ada yang kaya menikmati lebih
banyak subsidi.
“Jadi
tujuan kita bukanlah pemberian semata-mata kepada kategori miskin
tetapi melibatkan kategori yang perlu ditolong,” katanya dalam
laporan itu lagi.
No comments:
Post a Comment