IPOH:
Hampir 2,500 pelajar Maahad Tahfiz dan anak-anak yatim dari seluruh
negeri Perak telah diraikan dalam satu majlis iftar yang diadakan di
kediaman rasmi Menteri Besar Perak, di sini, hari ini.
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, majlis iftar
berkenaan merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali
menjelangnya bulan Ramadhan.
“Saya
menganggap mereka ini sebahagian daripada kita semua di negeri Perak.
“Jangan
kita lupakan mereka ini dan kita lakukan majlis ini selama enam tahun
semenjak saya jadi Menteri Besar,”katanya ketika ditemui selepas
majlis tersebut.
Katanya
lagi, pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim tersebut bukan
sahaja dijemput untuk berbuka puasa, malah mereka turut dijemput ke
kediaman rasmi beliau setiap minggu untuk majlis agama yang diadakan.
“Anak-anak
ini pun dah jadi mesra dengan saya, dan ini bukan hanya di waktu
bulan Ramadhan sahaja.
“Mereka
jadikan kediaman ini sebagai tempat mereka dan dapat kita lihat,
mereka begitu seronok berada di sini,” ujarnya.
Tambahnya,
kerajaan negeri akan turut menghulurkan bantuan kepada
sekolah-sekolah maahad dan rumah anak-anak yatim di negeri ini
seperti yang dilakukan setiap kali menjelangnya Aidilfitri.
Dalam
majlis tersebut, Zambry kelihatan tidak kekok untuk bersama-sama
berbuka puasa dengan para pelajar tahfiz dan anak-anak yatim yang
hadir.
Beliau
juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan bertarawikh secara
berjemaah bersama para jemputan.
No comments:
Post a Comment