KUALA
LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerangkan
mengenai penulisan sebuah majalah “Foreign Affairs” mengakui
bahawa biarpun wujud tindakan afirmatif di bawah Dasar Ekonomi Baru
(DEB), ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada
kebanyakan negara-negara membangun yang lain.
Menerusi
coretan terbaharu di blognya semalam, beliau menyatakan bahawa
majalah ini memasukkan kajian rekod Malaysia mengenai hubungan antara
kaum.
“Seperti
yang saya jangkakan Kaum-Kaum hidup dalam harmoni yang relatif. Tiada
pergaduhan kaum yang serius.
“Tindakan
afirmatif di bawah DEB seolah-olah telah mengurangkan jurang
perbezaan dalam pengagihan kekayaan antara orang Melayu asli dan
orang Cina.,” katanya.
Tambahnya,
majalah tersebut turut menyatakan mengenai Bumiputra memiliki hanya 2
peratus kekayaan negara sebelum DEB dan kekayaan mereka kini telah
meningkat kepada 19 peratus dan perbezaan itu masih ada tetapi
berkurangan.
Tambahnya,
Amerika Joseph Stiglitz menulis bahawa jurang perbezaan antara yang
kaya dan miskin telah mencapai tahap yang berbahaya manakala di India
dan Afrika Selatan juga telah mencuba tindakan afirmatif tetapi
hasilnya tidak sebaik seperti di Malaysia.
“Nampaknya
Malaysia lebih berjaya dalam membina masyarakat berbilang kaum yang
lebih saksama daripada kebanyakan negara-negara berbilang kaum yang
lain termasuk Amerika Syarikat.
“Dasar
kesamarataan layanan iaitu meritokrasi tidak membuahkan hasil yang
ketara,” katanya.
Ujarnya
lagi, Majalah Foreign Affairs juga seolah mengakui bahawa tindakan
afirmatif Malaysia itu mempunyai merit.
“Sepertimana
terdapat perubahan pendapat mengenai dasar kadar pertukaran tetap
Malaysia, kini terdapat juga perubahan kutukan mengenai tindakan
afirmatif kita, sekurang-kurangnya oleh Majalah Foreign Affairs.
“Media
asing lain hanya menyalin laporan berat sebelah yang dibuat lama
dahulu tanpa cuba untuk menyiasat realiti mengenai pengurusan
hubungan kaum Malaysia dan pembangunan ekonominya,” katanya lanjut.
No comments:
Post a Comment