KUALA
LUMPUR: Ikatan Muslim Muslim Malaysia (ISMA) dengan lantang
mengkritik tindakan Sasterawan negara A Samad Said berikutan
tindakannya menyertai DAP.
Memetik
sumber daripada laman Freemalaysiatoday, Presiden ISMA, Abdullah Zaik
Abd Rahman menasihati sasterawan negara itu supaya lebih memikirkan
kesan diterimanya setelah memilih keputusannya tersebut.
Tegasnya,
Pak Samad sepatutnya berfikir untuk mati dalam kebaikan dan bukannya
membuat keputusan menyertai DAP.
“Dalam
usia yang dah cecah lebih 80an, orang fikir nak mati dengan husnul
khatimah (pengakhiran yang baik). Pilih untuk kembali kpada jalan
hidayah dan petunjuk bukan masuk dalam kesesatan DAP.
“Semua
orang yang ada asas agama tahu bahawa perjuangan DAP bukan jalan
hidayah, tetapi hanyut dengan fahaman liberalisme sekular,
menyebabkan lahir di kalangan umat Islam individu dan puak yang
bertindak tanpa ambil kira halal haram,” katanya.
Sasterawan
negar itu memilih menyertai DAP yang disifatkannya sebagai sebuah
parti yang berada di landasan betul kerana memperjuangkan
kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment