KUALA
LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Seri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah
melahirkan pandangan ikhlas beliau terhadap krisis Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar
dapat diselesaikan segera .
Menurut bekas Naib Canselor Universiti
Teknologi Mara (UiTM) itu lagi, beliau mencadangkan agar Perdana Menteri
bersemuka dengan Tun Mahathir.
“Saya minta Datuk Seri Najib pergi
‘menghadap’, bukan Tun Mahathir ‘menghadap’ Najib,” katanya, memetik laporan
daripada Mstar.
Ibrahim berkata demikian selepas beliau
hadir ke taklimat tertutup Majlis Penerangan Perdana bersama Perdana Menteri di
Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam.
Beliau berpandangan sedemikian kerana Tun
Mahathir lebih berusia berbanding Perdana Menteri dan juga pernah mentadbir
negara ini selama 22 tahun.
“Tun Mahathir ni sebenarnya baik hati, tapi
daripada konsep keluarga, dia lebih tua dan bekas Perdana Menteri.
“Tak ada apa masalah jika Perdana Menteri
pergi jumpa dan sebagai anak didik Tun M, cuba rapatkan hubungan dan selesaikan
masalah perbezaan pendapat,” jelas beliau lagi.
Ujarnya lagi, sekiranya krisis perbezaan di
antara kedua-dua tokoh kehormat berkenaan berterusan, ianya akan merugikan
parti dan juga banyak pihak.
No comments:
Post a Comment