KUCHING:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa beliau
tidak akan patah semangat dengan segala dugaan yang dihadapinya.
“Saya tidak akan patah semangat, darah
dalam diri saya ini bukan darah sembarangan.
“Saya mungkin dilihat adakalanya
bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya,”
katanya.
Najib berkata demikian ketika Majlis
Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan, hari ini, di
sini.
Beliau turut berkata bahawa beliau
merupakan seorang Perdana Menteri yang kerap melawat Sarawak dan sentiasa
membawa ‘buah tangan’ dalam setiap lawatannya.
Memetik laporan daripada mStar, Najib turut
menyatakan bahawa sepanjang pentadbirannya, beliau telah meluluskan peruntukan
pembangunan yang bernilai lebih daripada RM1 billion secara serta merta untuk
negeri Sarawak.
Dalam majlis yang sama, Najib turut
melahirkan keyakinan beliau di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri
Adenan Satem bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat mandat besar di
Sarawak.
Ujarnya lagi, Sarawak akan menjadi pembuka
tirai kepada kemenangan BN bagi pilihan raya umum (pru) yang akan datang.
“Adenan cuma minta satu penggal sahaja
(Pilihan Raya Negeri akan datang), lima tahun lagi pentadbiran, bukannya 22
tahun,” puji Najib.
Tambah Najib lagi, Perdana Menteri sebelum
ini turut menerima pelbagai dugaan sepanjang pentadbiran, namun masih memimpin
Negara kerana mendapat sokongan setia sebagaimana yang beliau lakukan kepada
pemimpin-pemimpin sebelum ini.
“Ini zaman saya sebagai Perdana Menteri,
takkan saya kena turun kerana kehendak seorang?
“Saya dipilih oleh siapa? Rakyat Sarawak
juga memilih saya sebagai ‘Apai Besai’,” tegasnya.
Najib turut bertanyakan kepada rakyat yang
hadir sama ada mahukan beliau terus menjadi Perdana Menteri atau pun tidak.
“Saya nak tanya orang Sarawak… nak lagi
saya jadi Perdana Menteri atau tidak?,”tanya beliau dengan disambut dengan
sorakan gemuruh yang melaungkan ‘Nak’.
Tegasnya lagi, beliau akan terus memimpin
negara ini kerana masih banyak agenda yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan
sebuah negara maju.
“Saya akan terus pimpin negara kita, saya
akan terus berjuang kerana banyak agenda kita yang belum selesai.
“Paling utama, kita nak wujudkan sebuah
negara yang maju,” katanya.
No comments:
Post a Comment