KUALA
LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tetap menegaskan
bahawa kerjasama politik di antara PAS dan DAP tidak akan bertahan
buat kali yang kedua meskipun hubungan kedua parti itu telah bertahan
selama hampir tujuh tahun.
Meskipun
begitu, beliau tetap mengharapkan kerjasama politik diantara
kedua-dua parti itu akan bertahan lebih lama, jika ada peluang buat
kali yang ketiga.
“Dari
sudut positifnya, hubungan PAS-DAP pada kali ini berlangsung lebih
lama berbanding di zaman Barisan Alternatif selepas berehat selama
tujuh tahun (2001-2008).
“Jika
ada kali ketiga, diharap kerjasama ini akan lebih panjang berbanding
yang sebelumnya,”katanya melalui laman Facebook beliau.
Beliau
turut melahirkan rasa kesal apabila DAP secara berterusan menyerang
kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menfitnah
bahawa PAS akan mengadakan kerjasama politik dengan UMNO.
“Lebih
baik bagi DAP untuk menumpukan serangan pada UMNO yang berkuasa di
kerajaan Persekutuan,”tulisnya.
Tegasnya
lagi, PAS tetap akan bersandarkan kepada prinsip dan dasar parti
tersebut sebagai dasar perjuangannya.
Beliau
turut berkata, PAS akan tetap bersama-sama dengan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) yang telah bermula sejak penubuhannya.
Katanya
lagi, parti itu juga akan tetap meneruskan kerjasama politik bersama
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kerjasama kedua parti politik itu
telah bermula sejak awal penubuhannya.
“PAS
kekal dengan kerjasama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak
penubuhannya,”katanya.
No comments:
Post a Comment