KUALA
LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan
menggunakan sumber-sumbernya untuk mengesan kapal tangki yang hilang bersama 22
kru di 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada Khamis.
Najib berkata beliau berasa sedih mendengar
berita kehilangan kapal tangki itu dan berdoa semoga semua kru dalam kapal
tersebut berada dalam keadaan selamat.
“Saya sedih mendengar berita kehilangan
kapal tangki milik Malaysia itu. Saya berdoa semoga 22 kru yang 16 daripadanya
ialah warga Malaysia berada dalam keadaan selamat.
“Doa saya adalah bersama keluarga
masing-masing. Kerajaan akan menggunakan sumber-sumbernya untuk mengesan kapal
tangki itu,” katanya menerusi catatan terbaharu beliau dalam laman Twitter dan
Facebook pada Ahad.
MT Orkim Harmony membawa 6,000 tan metrik
muatan minyak petrol RON95 sedang dalam pelayaran dari Melaka ke Kuantan
apabila dilaporkan hilang Khamis lepas.
Selain 16 kru warga Malaysia, lima rakyat
Indonesia dan seorang warga Myanmar berada dalam kapal tangki itu.
Operasi mencari untuk menjejaki kapal
tangki itu telah dilancarkan denganTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
mengerahkan tiga buah kapal bersama 150 anggota sementara Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) menggunakansebuah helikopter, tiga buah kapal dan
sebuah bot.
No comments:
Post a Comment