KUALA
LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijadualkan bakal
memberikan taklimat berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada
wakil-wakil UMNO Bahagian dalam satu sesi tertutup, hari ini.
Memetik laporan daripada Mstar, penerangan
tersebut akan diberikan kepada wakil-wakil UMNO Bahagian sebagai salah satu
usaha bagi menangani serangan terhadapnya berkenaan isu 1MDB.
Sesi tertutup itu dijangka akan diadakan di
Pusat Dagangan Dunia Putwa, di sini.
Di dalam program yang sama, Najib turut
dijangka akan memberi taklimat dan penerangan mengenai beberapa isu semasa yang
lain kepada wakil-wakil UMNO yang hadir.
“Sesi seperti ini akan diadakan lebih kerap
di mana beliau secara peribadi dapat menjelaskan kepada akar umbi dan orang
ramai mengenai isu-isu kritikal,”kata sumber.
Dalam perkembangan yang lain, Perdana
Menteri turut menzahirkan kekagumannya mengenai kebolehan rakyat Malaysia yang
berjaya dibuktikan melalui kontrak pengurusan Metro Line bernilai RM900 juta
kepada Prasarana Malaysia Bhd oleh kerajaan Arab Saudi.
“Walaupun kita tidak membinanya, kita masih
diberi kepercayaan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menguruskan talian keretapi
tersebut.
“Keputusan mereka adalah suatu
pengakuterimaan kemampuan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam,”katanya ketika
berucap di Kampung Bukit Udang, di Pekan, semalam.
No comments:
Post a Comment