KUALA
LUMPUR: Terus membisu berhubung perkara-perkara kontroversi melibatkan
1Malaysia Development Bhd (1MDB), Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘menjawab’ soalan
mengenai cabang pelaburan kerajaan itu hanya dengan senyuman.
Dalam satu majlis di sini awal Khamis, Timbalan
Perdana Menteri hanya berjalan diiringi pengawal peribadi sambil senyum, tanpa
memberikan sebarang ulasan kepada pemberita yang menunggu dan bertanyakan
soalan mengenai 1MDB.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dilaporkan memberi kata dua kepada menteri Kabinet pada mesyuarat Jumaat lepas
untuk meletakkan jawatan jika mereka tidak bersetuju rancangan penstrukturan
semula 1MDB.
Muhyiddin tidak hadir pada mesyuarat itu
kerana telah bercuti di luar negara sejak 26 Mei.
-mstar
No comments:
Post a Comment