IPOH:
Seramai 400 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) yang memperolehi keputusan cemerlang di
seluruh negeri Perak telah menerima anugerah dalam Majlis Anugerah
Pencapaian Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013
serta 2014 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diadakan di
sini, hari ini
Anugerah
berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr
Zambry Abdul Kadir di Dewan Bankuet di Bangunan Perak Darul Ridzuan,
di sini.
Turut
hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar
dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Speaker
Dewan Negeri, Datuk Seri SK Devamany dan Penasihat kepada Menteri
Besar, Datuk V. Elango.
Menurut
ibu bapa kepada salah seorang pelajar yang memperolehi anugerah
berkenaan, mereka amat berbangga dengan pengiktirafan yang telah
diberikan tersebut.
Mereka
yang merupakan ibu bapa kepada Anbarasan Segar yang memperolehi
keputusan 11 A dalam SPM berkata, anugerah tersebut merupakan
suntikan semangat kepada anak mereka untuk lebih berjaya pada masa
hadapan.
“Anugerah
seperti ini akan menaikan lagi semangat dan menjadikan anak kami
lebih bersungguh-sungguh dalam mencapai impian mereka,” kata mereka
kepada Peraktoday.com.my ketika ditemui di sini, hari ini.
Selain
itu, seorang lagi pelajar yang turut mendapat keputusan cemerlang
dalam UPSR, Sobana Mohan berkata, anugerah yang telah diterima hari
ini telah memberikan semangat kepadanya untuk terus memperolehi
keputusan yang terbaik dalam peperiksaan akan datang.
“Saya
amat berbangga kerana memperolehi anugerah ini, dan saya akan
berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang pada masa hadapan,”
katanya.
Sementara
itu, seorang lagi pelajar, Breven Bal Dev menyatakan bahawa sumbangan
yang telah diperolehi pada hari ini akan digunakan untuk menampung
perbelanjaan persekolahannya.
Beliau
yang memperolehi keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR turut berkata,
penghargaan tersebut akan menjadi motivasi kepadanya untuk lebih
gigih berusaha sehingga dapat menyambung pelajaran ke menara gading.
No comments:
Post a Comment