Pemimpin Berjiwa Rakyat
Wednesday, 31 December 2014
Mengadakan Lawatan Ke Daerah Perak Tengah Untuk Mendengar Taklimat Banjir
Hari ini Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria mengadakan lawatan ke daerah perak tengah untuk mendengar taklimat banjir.Tumpuan khusus adalah kepada menjaga kebajikan anak-anak mangsa yang masih belajar di Sek rendah dan menengah dari aspek emosi dan pendidikan contohnya seperti mengisi masa terluang dengan memberikan bahan bacaan dari segi buku cerita,novel,majalah dan bahan-bahan bacaan lain yang sesuai.Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan baik.
Melawat Mangsa-Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Banjir Di MRSM Pasir Salak
Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria bersama JPN dan PPD Perak Tengah melawat mangsa-mangsa di pusat pemindahan banjir di MRSM Pasir Salak Perak pada tengah hari dan beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir di pusat ini serta membuat program dengan murid-murid di sekolah ini.Pusat ini juga telah di kunjungi oleh YAB PM kita yang memberi sinar baru kepada semua yang tinggal di pusat pemindahan ini.
Tuesday, 30 December 2014
Kerajaan Akan Tentukan Bantuan Kewangan – PM
KUALA
KANGSAR : Kerajaan akan menentukan kaedah bantuan kewangan bagi
membantu mangsa banjir.
Demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai kemusnahan harta benda akibat bencana banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur dan Perak.
Menurutnya, bantuan itu akan akan diputuskan apabila banjir sudah selesai termasuk membaik pulih kemudahan asas dan aset-asetnya yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir.
“Saya tidak dapat nyatakan jumlahnya pada masa ini kerana air belum surut.
“Kita akan tunggu apabila banjir sudah selesai, barulah kita akan buat pernilaian yang sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini, selepas melakukan lawatan meninjau keadaan banjir di daerah Kampung Gajah, Pasir Salak, Parit, Lambor Kiri dan Lambor Kanan serta daerah ini.
Menurutnya, sehingga kini seramai 7,953 mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri ini.
Demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai kemusnahan harta benda akibat bencana banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur dan Perak.
Menurutnya, bantuan itu akan akan diputuskan apabila banjir sudah selesai termasuk membaik pulih kemudahan asas dan aset-asetnya yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir.
“Saya tidak dapat nyatakan jumlahnya pada masa ini kerana air belum surut.
“Kita akan tunggu apabila banjir sudah selesai, barulah kita akan buat pernilaian yang sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini, selepas melakukan lawatan meninjau keadaan banjir di daerah Kampung Gajah, Pasir Salak, Parit, Lambor Kiri dan Lambor Kanan serta daerah ini.
Menurutnya, sehingga kini seramai 7,953 mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri ini.
QZ8501 berkemungkinan besar di dasar laut – BASARNAS
JAKARTA
: Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang bersama 162 penumpang
dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura
pagi semalam berkemungkinan besar berada di dasar laut, kata Ketua
Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang
Soelistyo.
“Berdasarkan
koordinat yang dikemukakan dan penilaian, lokasi terhempas adalah
dalam laut, kesimpulannya ialah pesawat berada di dasar laut.
“Itu
adalah andaian awal dan ia boleh dibangunkan berdasarkan penilaian
hasil carian kami,” katanya pada sidang media pagi ini.
Sementara
itu, menurut Metrotvnews.com, Bambang berkata Badan Pengkajian dan
Penerapan Teknologi (BPPT) turut dikerah ke lokasi pencarian.
Beliau
menjelaskan, BPPT mempunyai teknologi sonar yang dapat mengesan
kehadiran logam jika pesawat QZ8501 ada di bawah laut.
“Mereka
punya sistem sonar, boleh mengesan pada kedalaman sekitar 1000
hingga2000 meter,” kata Bambang.
Dalam
pada itu, Bambang menjelaskan operasi pencarian pada hari kedua akan
di bahagi kepada tujuh sektor.
Katanya,
seluruh kekuatan gabungan dari BASARNAS, Tentera Nasional Indonesia
(TNI), BPPT, nelayan dan negara membantu, akan dikerahkan ke tujuh
sektor itu.
– AFP/Metrotvnews
Monday, 29 December 2014
Perdana Menteri Tinjau Keadaan Banjir Di Perak
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjauan ke negeri
Perak untuk mengetahui lebih dekat keadaan banjir teruk yang melanda
beberapa kawasan di negeri ini.
Beliau
yang diringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di
Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak kira-kira jam 1.20 tengahari untuk melawat 1,023 mangsa daripada 267 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu.
Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak kira-kira jam 1.20 tengahari untuk melawat 1,023 mangsa daripada 267 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu.
Perdana
Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat sendiri
keadaan penempatan di situ di samping bertanya khabar bertanyakan
khabar mangsa banjir.
Terdahulu,
beliau tiba kira-kira di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh
kira-kira jam 12 tengahari sebelum dibawa menaiki kenderaan melalui
jalan darat ke kawasan Daerah Perak Tengah yang dilanda banjir.
Selain
MRSM Pasir Salak, Najib turut meninjau sebuah lagi pusat pemindahan
yang dibuka di kawasan Kampung Gajah iaitu Pusat Latihan Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Sungai Galah yang menempatkan 654 mangsa
daripada 168 keluarga.
Beliau
kemudiannya meninjau dan melihat dengan lebih dekat keadaan banjir
di
kawasan sekitar terutama kawasan pekan Kampung Gajah yang kini ditenggelami air hampir satu meter.
kawasan sekitar terutama kawasan pekan Kampung Gajah yang kini ditenggelami air hampir satu meter.
Perdana
Menteri kemudiannya melawat dan bermesra dengan mangsa banjir
yang
ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan, Parit.
ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan, Parit.
Jumlah Terkini Mangsa Banjir Di Perak
Jumlah
mangsa terkini banjir di Perak mencatatkan peningkatan kepada 7,513
setakat pagi Ahad.
Menurut
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, mereka adalah daripada 1,968
keluarga dan ditempatkan di 56 pusat pemindahan di seluruh negeri.
Tentatif
Program Lawatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke Daerah
Kerian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk
meninjau kawasan banjir di sekitar Daerah Kerian pada Ahad.
Baginda
dijadualkan mendengar taklimat daripada pegawai daerah Kerian dan
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perak pada tengahari.
Baginda
kemudiannya akan melawat ke pusat pemindahan banjir di Sek Keb. Bukit
Merah sebelum meninjau ke Alur Limpah Utara di Kolam Bukit Merah.
Sultan
Nazrin kemudiannya dijadualkan berangkat ke Daerah Perak Tengah untuk
mendengar taklimat daripada pegawai daerah di SMK Lambor Kanan.
Aturcara
lawatan baginda diteruskan dengan melawat mangsa banjir di Dewan SMK
Muzafar sebelum bergerak pulang.
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta pembesar negeri akan
mengiringi Sultan Nazrin sepanjang lawatan tersebut.
Sunday, 28 December 2014
Bersholat Di Masjid Baitulrahman Yang Merupakan Masjid Yang Terpelihara Oleh Allah Dari Tsunami
Alhamdulillah Malam tadi sempat sekali lagi Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria bersholat di Masjid Yang Merupakan Masjid Yang Terpelihara Oleh Allah Dari Tsunami.Ketiga-tiga masjid ini tidak terjejas semasa tsunami melanda Aceh 10 tahun lalu.
Swasta Perlu Sensitif, Patuh Arahan Batal Acara Sambut 2015
TELUK INTAN : Menteri Besar meminta pihak swasta sentisif dengan situasi banjir dan perlu patuh arahan pembatalan acara sambutan 2015.
Datuk
Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, susulan titah Sultan Perak, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah bahawa sebarang acara konsert atau acara yang
berunsurkan hiburan yang telah dirancang Kerajaan Negeri atau
mana-mana agensi Kerajaan Negeri menjelang sambutan tahun baru nanti,
acara tersebut hendaklah dibatalkan.
Kerajaan
Negeri telah membuat keputusan untuk sebarang perayaan sambutan tahun
baharu 2015 yang dirancang adalah dibatalkan.
“Tidak
akan ada sebarang upacara sambutan kerana kita berada dalam sebegini
tidak baik untuk mengadakan sambutan dengan penuh
kegembiraan,”katanya.
Jelasnya
lagi, semua pihak perlu menghormati perasaan mangsa-mangsa banjir di
beberapa kawasan di perak.
Katanya
lagi, jika terdapat agensi swasta yang berkeinginan untuk tetap
menganjurkan perayaan tersebut seharusnya lebih sensitif dengan
situasi kini.
“Jika
mereka tetap ingin mengadakannya Kerajaan Negeri tidak boleh
menghalang,” katanya.
Jelasnya
lagi, arahan tersebut merupakan arahan yang dikeluarkan secara rasmi
kerajaan.
“Kalau
mereka simpati dengan masalah yang sedang berlaku ini pastinya mereka
akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Saturday, 27 December 2014
Sultan Nazrin Lawat Mangsa Banjir
Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak,
Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Dataran Arena Square, Bandar
DiRaja Kuala Kangsar untuk meninjau keadaan banjir di sekitar kawasan
tersebut, pagi Khamis.
Baginda
yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menaiki
bot khas untuk melihat situasi banjir serta paras air yang melimpah
memasuki beberapa buah kampung.
Baginda
turut melawat ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sayong
sambil beramah mesra dan bertanya khabar tentang keadaan mereka di
sana.
Baginda
menghabiskan masa hampir sejam menemui mangsa-mangsa banjir yang
ditempatkan di tingkat satu dan dua bangunan sekolah berkenaan.
Terdahulu,
baginda bersama Menteri Besar telah menghadiri taklimat tertutup
mengenai situasi banjir di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Dalam
lawatan itu, baginda turut meninjau beberapa kawasan banjir seperti
Kota Tampan Air, Kota Labit dan Empangan Chenderoh.
Banjir Di Perak Bukan Disebabkan Empangan TNB
Kejadian
banjir yang berlaku di kawasan di perak bukan disebabkan tindakan
pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melepaskan air daripada empangan
di Sungai Perak, seperti yang menjadi viral di dalam media sosial.
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, banjir yang berlaku
adalah disebabkan oleh hujan lebat berterusan sejak beberapa hari
lalu di kawasan Hulu Perak, yang menyebabkan paras air di empat
empangan di sungai itu melepasi tahap maksima.
Menurut
beliau, hujan lebat yang turun, tidak pernah berlaku sejak 30 tahun
lalu yang telah menyebabkan limpahan air di empat empangan yang
terdapat di Hulu Sungai Perak.
Katanya,
kewujudan empat empangan tersebut, iaitu Empangan Temengor, Bersia,
Kenering dan Chenderoh yang juga untuk menjana tenaga elektrik bagi
TNB, sebenarnya telah menghindarkan berulangnya kejadian banjir buruk
seperti yang pernah berlaku pada tahun 1974 sehingga menenggelamkan
bandar Kuala Kangsar.
Beliau
memberitahu, apabila paras air di empangan mencecah tahap maksima,
pihak TNB terpaksa melepaskan air bagi mengelakkan kejadian yang
lebih buruk berlaku.
“Mereka
melepaskan air dalam keadaan terkawal, tidak boleh lepas begitu saja
dan saya telahpun mendapat taklimat daripada TNB semalam, mereka
memaklumkan sebarang pelepasan air dilakukan dengan berhat-hati,
dengan mendapatkan pandangan daripada pakar mereka,” katanya.
Beliau
ditemui selepas melawat beberapa dua pusat pemindahan banjir di
Sungai Siput dan Kuala Kangsar pada Rabu.
Turut
hadir semasa lawatan di Sungai Siput ialah ADUN Lintang, Datuk
Zolkafly Harun manakala Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Rusnah Kasim serta ADUN
Bukit Chandan, Maslin Sham Razman hadir ketika lawatan di Kuala
Kangsar.
Dr. Zambry
berkata, tanggungjawab kerajaan negeri adalah untuk memastikan
pengurusan krisis seperti ini, pengurusan bencana seperti ini dapat
kita laksanakan dengan sebaik-baiknya.
Beliau
menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan sepanjang Sungai Perak
supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar.
Beliau
turut menasihatkan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan supaya
bersabar menghadapi dugaan di samping menjaga kesihatan.
Sehingga
jam 2 petang rabu, seramai 1,436 mangsa banjir telah dipindahkan ke
18 pusat pemindahan banjir di seluruh Perak.
Daripada
jumlah itu, 899 adalah dari kawasan Sungai Siput, 352 di Kuala
Kangsar dan bakinya di Lenggong dan Ipoh.
Friday, 26 December 2014
Lawatan Delegasi kerajaan Negeri Perak ke Aceh
Lawatan
Delegasi kerajaan Negeri Perak ke Aceh sempena 10 tahun peringatan
Tsunami Aceh di ketuai oleh YB.Dato Dr.Hj.Muhammad Amin Zakaria (Exco
Kerajaan Negeri).Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan
baik,sama-sama kita doakan kemakmuran dari allah supaya bandar acheh
selamat dari musibah dan bencana dan tidak lupa juga negara kita
malaysia yang sekarang ini di landa banjir,semoga semuanya selamat
dari lindungan allah amin.
Penganjuran Program Back to School
Tahniah
diatas kejayaan Program Back To School baru-baru ini (YAB MB Perak,
YB Dato' Dr Muhammad Amin dan YBU). Terbaik di Malaysia.
Penganjuran Program Back to School oleh kerajaan Perak melalui Yayasan Bina Upaya dilihat mampu memberi cahaya keseronokkan kepada penerima bantuan mahupun ibu bapa.
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, adalah menjadi harapan kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum dan agama.
“Kita telah pilih seramai 4200 orang pelajar sama ada dikalangan masyarakat Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli.
Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, kerajaan negeri mahu golongan sasar memperoleh barangan persekolahan bagi meningkatkan motivasi nereka untuk ke sekolah.
“Jadi kerajaan negeri akan melakukan penambahbaikkan akan dilaksanakan saban tahun memandangkan bukan mudah untuk menguruskan penerima dalam skala yang besar.
Penganjuran Program Back to School oleh kerajaan Perak melalui Yayasan Bina Upaya dilihat mampu memberi cahaya keseronokkan kepada penerima bantuan mahupun ibu bapa.
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, adalah menjadi harapan kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum dan agama.
“Kita telah pilih seramai 4200 orang pelajar sama ada dikalangan masyarakat Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli.
Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, kerajaan negeri mahu golongan sasar memperoleh barangan persekolahan bagi meningkatkan motivasi nereka untuk ke sekolah.
“Jadi kerajaan negeri akan melakukan penambahbaikkan akan dilaksanakan saban tahun memandangkan bukan mudah untuk menguruskan penerima dalam skala yang besar.
Thursday, 25 December 2014
Kuala Kangsar Dilanda Banjir
TERKINI…
Beginilah keadaan yang berjaya dirakamkan sekitar Kuala Kangsar pagi
ini selepas air Sungai Perak melimpah ke kawasan pinggiran.
Antara
bangunan yang terjejas adalah Arena Square Kuala Kangsar yang
menempatkan beberapa perniagaan sempena Karnival Jualan hujung tahun
serta kedai-kedai makan yang berada di sekitar kawasan berkenaan.
Suasana
dan paras air banjir di Lembah setakat jam 8:25 pagi, Rabu… Keadaan
air menunjukkan bacaan paras air diletakkan di atas jalan menunjukkan
bacaan 2′.0″” memakan masa 15 minit iaitu tin penanda di atas
dipermukaan jalan, kecuraman lebih kurang 10 hingga 15 darjah…
Bilangan Mangsa Banjir di Perak Terus Meningkat
Bilangan
mangsa banjir di Perak dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat
kepada 1,650 orang dari 414 keluarga sehingga jam 12 tengahari Rabu.
Penolong
Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Norhafizah Zainuddin
berkata, sebanyak 20 pusat pemindahan di dua daerah di Hulu Perak dan
Kuala Kangsar dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.
"Seramai
1,291 mangsa ditempatkan di 12 pusat pemindahan di daerah Kuala
Kangsar. "Seramai 359 mangsa banjir di Hulu Perak ditempatkan di
lapan pusat pemindahan.
"Pada
jam 8.15 pagi Rabu, pusat penempatan sementara di daerah Kinta iaitu
Dewan Orang Ramai Kampung Tasek telah ditutup dan orang ramai telah
kembali ke kediaman masing-masing," katanya.
Katanya,
pihaknya masih menunggu status terkini mangsa banjir yang dipindahkan
ke pusat pemindahan.
Wednesday, 24 December 2014
Jangan Sebar Spekulasi Mengenai Banjir
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan orang ramai agar
tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai situasi banjir di
negeri ini yang boleh menimbulkan kerisauan masyarakat setempat.
Menurut
beliau, keadaan banjir yang berlaku di sekitar negeri ini adalah
disebabkan oleh cuaca hujan yang berterusan dan bukannya lepasan air
dari empangan seperti yang diwar-warkan di laman sosial.
"Terdapat
pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan info tidak sahih
seolah-olah memberi gambaran bahawa keadaan banjir di negeri Perak
adalah tidak terkawal dan merbahaya.
"Saya
ingin menjelaskan bahawa berdasarkan laporan dan tinjauan daripada
Majlis Keselamatan Negara dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad(TNB)
yang bertugas di empangan, situasi banjir adalah masih selamat, tidak
membimbangkan dan sentiasa dalam pemerhatian," katanya kepada
pemberita.
Beliau
berkata demikian selepas membuat tinjauan di Stesen Jana Elektrik
Sultan Azlan Shah, Kenering pada malam Selasa.
Jelasnya,
keadaan banjir adalah satu situasi yang melibatkan keselamatan dan
soal nyawa masyarakat dan bukannya sesuatu yang wajar dipermainkan
sewenang-wenangnya.
Dr Zambry
berkata, taburan hujan di aliran Titiwangsa dan yang berterusan telah
menyebabkan paras air di empangan-empangan mencapai takat maksima
justeru memerlukan pelepasan air, namun ianya masih berada dalam
tahap yang terkawal.
Jelasnya,
tiada sebarang niat untuk memanipulasi dan menyembunyikan sebarang
informasi daripada orang ramai mengenai keadaan empangan di negeri
Perak, namun masyarakat harus bekerjasama tidak menyebarkan sebarang
spekulasi tanpa sumber sahih.
"Pihak
TNB tidak akan melepaskan air dari empangan sesuka hati tanpa
memeriksa risiko dan bahagian teknikal, ianya adalah berdasarkan
kapasiti takungan empangan dan penilaian teliti daripada pihak
mereka," katanya lagi.
Dalam pada
itu, sebanyak 93 keluarga yang melibatkan 357 mangsa banjir dari
kawasan Gerik hingga ke Kuala Kangsar telah dipindahkan ke pusat
pemindahan berikutan banjir yang berlaku di kawasan mereka.
Cabaran KUISAS Lahirkan Graduan Berminda Terbuka
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) mempunyai cabaran yang lebih besar untuk melahirkan graduan yang memiliki minda terbuka kepada realiti dunia yang dihuni pelbagai umat manusia.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, KUISAS juga perlu melahirkan graduan yang bersedia menerima kepelbagaian perbezaan, memilik kemahiran dan berjaya melakukan penyatuan dalam kepelbagaian.
Titah baginda, hakikat kepelbagaian agama, kaum, budaya dan bahasa di negara ini perlu difahami kerana hakikat itu adalah juga realiti yang telah dicipta oleh Allah.
"Kesediaan saudara saudari menerima hakikat kepelbagaian ini akan menentukan dan mempengaruhi penerimaan warga dunia terhadap saudara saudari.
"Jika saudara saudari memilih berfikiran tertutup, saudara saudari dengan sendirinya telah menutup pintu dan jendela dan telah menghalang minda saudara saudari daripada dapat mengembara melihat realiti dunia yang lebih luas," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen KUISAS ke - 7 di Kuala Kangsar pada Khamis yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Rektor KUISAS, Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.
Sultan Nazrin bertitah, Allah telah mengurniakan umat manusia akal untuk berfikir dan manusia yang bijaksana akan mentafsir kepelbagaian ciptaan itu sebagai aset berharga.
Titah baginda, perbezaan pandangan dan pendapat mampu melahirkan idea yang bernas serta penemuan baharu untuk manfaat manusia
Baginda bertitah, amatlah malang kepada tamadun sesuatu bangsa dan peradaban manusia sejagat jika kelainan serta perbezaan dilihat dari lensa negatif yang sarat dengan buruk sangka.
Titah baginda lagi, kelainan pendapat dan pandangan hendaklah diuruskan secara positif, disediakan platform konsultasi untuk menerokai titik pertemuan di samping menghormati sempadan perbezaan.
"Islam mengharuskan dan membolehkan berlakunya kelainan pendapat dan pandangan hingga terbentuknya empat mazhab utama," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, perdebatan secara konstruktif, amalan konsultasi dan perundingan berlaku pada era Rasulullah diteruskan oleh para sahabat dan dilanjutkan oleh ulama tersohor.
Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan menyampaikan anugerah kepada seramai 233 graduan.
Pada konvokesyen itu, graduan Diploma Syariah Islamiyyah, Fakulti Pengajian Islam, Nur Hidayah Yusoff diumumkan sebagai penerima Anugerah Diraja.
Graduan Diploma Kaunseling Islami, Rodhiyah Shahimi menerima Anugerah Menteri Besar Perak manakala graduan Diploma Pengajian Islam, Nurul Husna Junus menerima Anugerah Rektor KUISAS.
Tuesday, 23 December 2014
Program 'Bantu Kami Ke Sekolah' Akan Diperkasakan
Kerajaan negeri bercadang untuk memperkasakan lagi program Perak 'Back To School', Bantu Kami Ke Sekolah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan memperoleh barangan persekolahan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Dato' Dr Muhammad Amin Zakaria, bantuan persekolahan yang disalurkan melalui Yayasan Bina Upaya (YBU) meningkat setiap tahun serta dijalankan setiap tahun.
Dr Muhammad Amin berkata penambahbaikkan akan dilaksanakan saban tahun memandangkan bukan mudah untuk menguruskan penerima dalam skala yang besar, selain itu mereka juga akan menggunakan pendekatan yang berbeza pada tahun hadapan.
"Kita dalam perancangan untuk turun padang ke DUN masing-masing supaya lebih ramai anak-anak yang menerima bantuan ini, hanya perasmian sahaja yang akan dijalankan di Ipoh," katanya ketika merasmikan penutupan program tersebut di Kompleks Renang MBI pada Ahad.
Selain itu, beliau berkata usaha membantu golongan kurang berkemampuan bukan hanya tugas kerajaan semata-mata malah pihak swasta juga boleh bekerjasama menjalankan tanggungjawab social korporat (CSR).
"Perlu ada penyelarasan bagi menguruskan program sebegini untuk mengelakkan pertindihan yang di mana seorang pelajar menerima bantuan dari pihak berlainan dan lebih dari satu.
"Diharapkan para pelajar lebih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan dengan bantuan yang diterima ini, tiada balasan yang kita minta cuma kalau boleh harap pelajar beroleh kecemerlangan," katanya.
MAJLIS KONVOKESYEN SLDN PERINGKAT NEGERI PERAK 2014
SLDN-Sistem Latihan Dual Nasional: Suatu strategi melengkapkan dan memberi nilai tambah kepada diri di samping memberikan pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi impian anda menjadi pekerja yang kompeten, berkemahiran dan merangsang diri menjadi usahawan berjaya. Justeru, ia juga menjadikan diri anda seorang yang 'marketable' di dalam pasaran pekerjaan dan mampu menjana pendapatan yg tinggi.
Monday, 22 December 2014
Perbezaan Pendapat Dari Sudut Negatif Boleh Gugat Keharmonian Kaum:- Sultan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa perbezaan pendapat yang dilihat dari sudut negatif mampu menggugat hubungan harmoni sesama manusia.
Titah baginda lagi, atas faktor yang sama ianya juga boleh memberi kesan kepada keseimbangan dalam hubungan antara kaum dan agama.
“Kelainan pandangan dan pendapat membenarkan berlangsungnya percambahan pemikiran.
“Ia akan berkembang sehingga membolehkan tercetusnya idea yang bernas serta penemuan baharu untuk manfaat manusia sejagat.
“Justeru, kelainan tersebut hendaklah diuruskan secara positif, konstruktif dan disediakan platform konsultasi serta forum perundingan untuk menerokai titik pertemuan, selain menghormati sempadan perbezaan,” titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-7 Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) membabitkan 235 graduan dalam pelbagai bidang di sini hari ini.
Turut hadir mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Baginda bertitah, ia adalah sesuatu yang malang kepada tamadun sesuatu bangsa dan manusia sejagat jika kelainan dan perbezaan dilihat daripada lensa negatif yang sarat dengan buruk sangka.
Titah baginda lagi, sikap negatif sedemikian hanya merosakkan hubungan harmoni sesama manusia dan semestinya akan menjejaskan paksi keseimbangan dalam hubungan antara kaum dan agama.
Program Penggalakan Pelancongan: Batu Kurau International RC Air Show
Buat pertama kalinya satu lagi program penggalakan pelancongan: Batu Kurau International RC Air Show. Lain daripada yang lain. Jangan lepaskan peluang ini.
Sunday, 21 December 2014
Ahli Umno Diminta Daftar Jadi Pengundi Baru
Ahli Umno dan BN Bahagian Parlimen Larut di minta daftar jadi pengundi baru bagi menghadapi pilihan raya umum yang Ke-14.Ini bermakna untuk memastikan umno dan BN terus memenangi dalam pilihan raya yang akan datang.
Bersama Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Larut Dalam Program Skrin Besar Final Piala AFF Suzuki 2014
Hari ini Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria Bersama Pengerakkan Pemuda Umno Bahagian Larut Hadir ke Program skrin besar Final Piala Aff Suzuki 2014.Alhamdullilah Program berjalan dengan lancar dan baik walaupun malaysia kalah kami tetap bangga.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)