Seramai
4,200 pelajar miskin dari seluruh negeri Perak akan menerima
sumbangan keperluan persekolahan sempena program Bantu Kami Ke
Sekolah yang dianjurkan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) hujung
minggu ini.
Pengerusi
Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau,
Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, bilangan itu bertambah lebih
dua kali ganda berbanding 2,000 pelajar tahun lalu.
Menurut
beliau, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan
menyampaikan sumbangan kepada 3,000 pelajar pada Sabtu manakala baki
1,200 akan disampaikannya pada Ahad.
“Idea
mengadakan program ini datangnya daripada Menteri Besar sendiri
kerana mahu membantu lebih ramai pelajar miskin di negeri ini di
samping meringankan beban ibu bapa,” katanya pada sidang media di
RTM Ipoh pada Rabu.
Hadir sama
Ketua Pegawai Eksekutif YBU, Datuk Ismail Saffian.
Selain
YBU, beberapa agensi dan korporat turut memberi sumbangan untuk
menjayakan program itu, antaranya KPerak, Yayasan Perak, YBU Holding,
Aliran Ikhlas, Celcom, Felda, Ipoh Lions Club serta orang
perseorangan.
Dr Amin
berkata, program yang akan dilangsungkan di pekarangan kolam renang
Majlis Bandaraya Ipoh turut menyediakan diadakan secara karnival
mulai 19 Disember ini, dengan menyediakan pelbagai gerai jualan dan
kaunter jabatan kerajaan.
Menurutnya,
antara aktiviti lain ialah pertandingan mewarna, pemeriksaan mata dan
kesihatan secara percuma dan menderma darah.
“Mereka
yang tidak dapat sumbangan juga boleh datang untuk membeli keperluan
sekolah yang lebih murah berbanding yang dijual di kedai-kedai di
samping Kedai Bergerak 1 Amanjaya yang menjual dengan harga lebih
murah 5 peratus berbanding harga kilang,” ujarnya.
Sementara
itu, Ismail memberitahu, setiap pelajar akan menerima kelengkapan ke
sekolah bernilai RM150 yang keseluruhannya dianggarkan RM600,000,
tidak termasuk perbelanjaan lain, yang sebahagiannya ditangung Ahli
Dewan Undangan Negeri.
Menurut
beliau, pemilihan pelajar dilakukan di peringkat pusat Khidmat ADUN
dengan kerjasama ketua-ketua kampung serta pemimpin masyarakat.
Sehubungan
itu, beliau yakin, tidak timbul soal pertindihan pelajar menerima
bantuan dan jika berlaku, ia hanya dalam bilangan yang sangat kecil,
yang tidak disengajakan.
“Kita
tidak menghalang mana-mana pihak seperti wakil rakyat atau korporat
untuk membantu, lebih ramai yang menerima lebih baik,” katanya
sambil memberitahu, berdasarkan kajian yang dijalankan terdapat
kira-kira 12,000 pelajar miskin dan miskin tegar di negeri Perak.
Ismail
memberi jaminan bahawa YBU bersedia untuk menjadi penyelaras
sekiranya kerajaan negeri bercadang untuk menganjurkan program
seumpama ini yang lebih besar di tahun-tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment