Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Thursday 11 December 2014

Perak Sediakan Garis Panduan Bangunkan ‘Smart Growth’



IPOH: Kerajaan Negeri Perak telah menyediakan satu garis panduan umum bagi pembangunan ‘Smart Growth ‘ di negeri itu.
Garis panduan tersebut yang dibuat pada tahun 2009 telah pun diedarkan sebagai rujukan kepada semua pihak berkuasa tempatan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, pembangunan tersebut dilakukan bagi mengelakkan berlakunya rebakan bandar (urban sprawl).
Sekiranya rebakan bandar tersebut tidak dikawal, ia akan menjejaskan kawasan-kawasan pertanian, kawasan hutan dan pembaziran ruang kawasan pembangunan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang telah diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin, berkaitan pelaksanaan pertumbuhan bandar bagi menepati pembangunan ‘Smart Growth‘ di negeri itu.
Jelasnya, garis panduan ‘Smart Growth‘ tersebut turut menekankan fokus berkaitan pembangunan bukan sahaja di luar Bandar, malahan di dalam bandar.
Ia juga menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan adanya pembinaan terminal-terminal pengangkutan awam yang bersepadu dan penggunaan lorong pejalan kaki.
Garis panduan ini juga menekankan mengenai teknologi hijau, pemeliharaan bangunan, kawasan bersejarah, serta warisan,” katanya lagi.
Tambahnya, sebahagian daripada garis panduan tersebut telah diterapkan dalam Perancangan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan.
Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telahpun melaksanakan beberapa langkah ke arah ‘Smart Growth’, antaranya menggalakkan pembangunan berkepadatan tinggi dikawasan tumpuan pembangunan.
Selain itu, mereka juga menyediakan Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh Warisan Bijih Timah sebagai langkah-langkah menjaga warisan Negara,” ujarnya lagi.

Beliau menyatakan bahawa beberapa pihak berkuasa tempatan yang lain juga sedang melaksanakan Smart Growth tersebut, namun ia bergantung kepada kepesatan pembangunan bandar masing-masing.

No comments:

Post a Comment