KUALA
LUMPUR: Walaupun
kebebasan beragama di dalam Perlembagaan menyebut isu hak individu
namun ia sama sekali tidak termaktub kepada ajaran Islam.
Mufti
Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, undang-undang tidak boleh
keluar agama sudah jelas kepada orang Islam dan persoalan mengenai
peraturan itu di dalam Perlembagaan dianggap boleh ditolak.
“Kita
tidak perlu terima di dalam undang-undang Perlembagaan yang menyebut
kebebasan kepada semua agama.
“Sudah
jelas di dalam Islam, kita memang tidak benarkan individu itu untuk
keluar agama walau apa pun yang terjadi.
‘Kalau
lahirnya Islam, tidak boleh pilih agama lain dan itu sudah
dipersetujui di dalam Perlembagaan sendiri sejak merdeka,” katanya
ketika dihubungi di sini hari ini.
Harussani
mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low
yang menyifatkan kebebasan beragama sebahagian daripada hak asasi
manusia yang harus diguna pakai untuk semua.
Jelas
Low, walaupun tidak dapat berhujah dengan pihak yang percaya keluar
daripada Islam dilarang, semua orang sepatutnya boleh memilih agama
yang mereka mahu.
Dalam
pada itu kata Harussani, isu kebebasan mutlak dalam beragama ini
harus dihindar demi mengelakkan kekacauan kepada negara.
“Dalam
Perlembagaan sudah menyatakan kita tidak boleh pengaruhi agama lain
dan memberi tekanan agama kepada individu berlainan agama.
“Cara
dakwah Islam juga tidak mengganggu individu lain, kita tidak kacau
orang, kita juga tidak suap duit untuk orang masuk Islam,”
jelasnya.
Ujarnya
lagi, menteri atau sesiapa sahaja di negara ini turut dinasihati
untuk tidak ‘mengusi’ Perlembagaan dan mengelakkan hujah
berkenaan isu berkenaan.
“Jangan
usik Perlembagaan, ikut sahaja yang sudah tertulis.
“Tidak
perlu untuk sesiapa berhujah dan membawa isu ini kepada Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini isu dalaman dan selesaikan dengan
cara kita sendiri,” katanya.
Perlembagaan
menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan
menjalankan agamanya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku
menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk
menyebarkannya.
Perlembagaan
juga menetapkan Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama-agama
lain boleh dipraktikkan dalam situasi damai dan harmoni.
No comments:
Post a Comment