Istiadat
Pertabalan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan
dilangsungkan pada 6 Mei tahun depan.
"Dengan
nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang kali ke-162 pada 22
November 2014, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menetapkan lstiadat
Pertabalan Sultan Perak ke-35, dilangsungkan pada hari Rabu, 6 Mei
2015," kata Setiausaha Dewan Negara Perak, Toh Amar Seri Diraja
Datuk Ayop Hashim, dalam kenyataan di sini sebentar tadi.
Beliau
berkata, lstiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah
Kuala Kangsar pada pagi hari berkenaan, diikuti lstiadat Tabal Pusaka
dan lstiadat Bersiram Tabal pada malam hari keesokannya.
"Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan bersama Duli Yang Maha Mulia Raja
Permaisuri (Tuanku Zara Salim) selanjutnya akan berangkat menziarahi
makam-makam Sultan Perak terdahulu, kemudiannya menghilir Sungai
Perak dari Pasir Salak sehingga ke Teluk lntan.
"lstiadat
pertabalan akan berakhir dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk mencecahkan kaki
baginda di Beting Beras Basah, tempat pertama Paduka Seri Sultan
Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang
pertama, menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak,"
katanya.
Ayop
berkata, pelbagai acara sedang dirancang yang turut membabitkan
keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul
Halim Mu'adzam Shah; Raja-Raja Pemerintah, Raja Muda dan Tengku
Mahkota, selain kehadiran Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak serta barisan Jemaah Menteri serta perwakilan
asing dan tetamu dari dalam dan luar negara.
Katanya,
acara berbentuk keagamaan dan acara yang memberi peluang baginda
mendampingi rakyat yang membabitkan penyertaan rakyat jelata, warga
tua, golongan remaja dan pelajar juga akan dilaksanakan dalam tempoh
sambutan istiadat pertabalan.
Sultan
Nazrin menggantikan ayahanda baginda, Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf
Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, yang mangkat di Institut Jantung
Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu.
No comments:
Post a Comment