Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak,
Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Dataran Arena Square, Bandar
DiRaja Kuala Kangsar untuk meninjau keadaan banjir di sekitar kawasan
tersebut, pagi Khamis.
Baginda
yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menaiki
bot khas untuk melihat situasi banjir serta paras air yang melimpah
memasuki beberapa buah kampung.
Baginda
turut melawat ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sayong
sambil beramah mesra dan bertanya khabar tentang keadaan mereka di
sana.
Baginda
menghabiskan masa hampir sejam menemui mangsa-mangsa banjir yang
ditempatkan di tingkat satu dan dua bangunan sekolah berkenaan.
Terdahulu,
baginda bersama Menteri Besar telah menghadiri taklimat tertutup
mengenai situasi banjir di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Dalam
lawatan itu, baginda turut meninjau beberapa kawasan banjir seperti
Kota Tampan Air, Kota Labit dan Empangan Chenderoh.
No comments:
Post a Comment