IPOH :
Kerajaan Negeri Perak telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi
menangani isu banjir yang melanda negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memandang serius
berkaitan isu banjir kerana taburan hujan yang tidak menentu telah
melanda seluruh negeri seterusnya menyebabkan banjir berlaku.
“Hujan
lebat sentiasa berlaku di waktu petang dan sehingga ke saat ini kita
telah mendapat laporan berkaitan dengan keadaan hujan yang lebat dan
banjir di kawasan Kerian dan juga Perak Selatan seperti di daerah
Hilir Perak dan Batang Padang.
“Banjir
ini disebabkan oleh air sungai yang melimpah dari Sungai Bidor dan
Tapah manakala daerah Kerian pula melibatkan pengairan air yang tidak
lancar berikutan kedudukan tanahnya yang agak rata,” katanya.
Beliau berkata lagi Kerajaan Negeri telah merancang pelan secara
menyeluruh bagi mengelak keadaan itu terus berlarutan.
“Kita
telah mengambil tindakan dengan mewujudkan pelan mitigasi banjir
dimana pada masa ini sedang dalam pelaksanaannya di salah satu daerah
iaitu Kerian.
“Ia
bertujuan untuk memastikan kawasan yang menghadapi banjir teruk dapat
diatasi dengan begitu baik sekali.
“Meskipun
mempunyai kerja-kerja untuk melaksanakan mitigasi banjir di daerah
Kerian, tetapi ia masih lagi dalam proses dan tentunya mengambil
masa,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat
Exco, di pejabatnya, hari ini.
Jelasnya, projek yang menelan belanja kira-kira RM300 juta itu
dilihat secara menyeluruh dan mengikut jadual seperti yang
ditetapkan.
“Setakat
ini saya difahamkan bahawa pelan berada dalam landasan yang baik
serta mengikut jadual dan kos keseluruhannya telah ditanggung oleh
Kerajaan Persekutuan.
“Walaubagaimanapun,
mereka juga sedang melihat daripada segi kesan-kesan akibat banjir
dan sejauh mana ia meninggalkan kesan baik kepada pelan itu.
“Kita
jangkakan projek ini akan siap pada tahun 2016 atau 2017 nanti
bergantung kepada kawasan berkenaan,” ujarnya.
Tambahnya, ia mengambil masa yang lama berikutan melibatkan berpuluh
kawasan yang berada di sekitar Kerian.
Dalam pada itu, beliau berkata, pelan itu juga akan dilaksanakan di
daerah lain yang turut terlibat dalam banjir.
“Melalui
pelan yang kita ambil secara menyeluruh dalam tempoh beberapa tahun
ini juga, kita akan melaksanakannya di beberapa daerah lain.
“Antaranya
di daerah Batang Padang di mana pelan mitigasi bagi kawasan tersebut
adalah mendalamkan sungai berikutan punca berlakunya banjir di situ
adalah disebabkan oleh dasar sungai yang cetek,” katanya.
No comments:
Post a Comment