Penyalahgunaan
daun ketum di kalangan pelajar sekolah di negeri ini semakin serius
dan kerajaan negeri dicadang menyediakan peruntukan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri untuk menjalankan aktiviti pencegahannya.
Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau,
Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, bantuan peruntukan itu
termasuk peruntukan khas bagi melaksankan pemeriksaan mengejut dan
membeli alat kit pengesan air daun ketum.
Menurut
beliau, berdasarkan soal selidik yang dijalankan di kalangan 2,619
pelajar, didapati 997 orang atau 38 peratus mengaku pernah meminum
air daun ketum.
"Berdasarkan
angka tersebut cadangan ini disokong supaya masalah tersebut dapat
dikekang sebelum menjadi lebih parah," katanya ketika menggulung
perbahasan pada Jumaat.
Dalam pada
itu, Dr Amin memberitahu, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang
memperkasakan Sekolah Berasrama Penuh yang sedia ada.
Beliau
berkata, pada masa ini tiada cadangan untuk membina Sekolah Berasrama
Penuh dan IPTA, IPTS baharu bagi kawasan Parit Buntar dan Manjung.
No comments:
Post a Comment