Pembangunan
Wilayah Perak Selatan (WPS) yang sedang dirancang oleh pihak
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan menjana pendapatan baru
bagi hasil kerajaan negeri Perak.
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pembangunan WPS ini
yang meliputi daerah Batang Padang dan Hilir Perak akan menyediakan
bandar baharu, pertadbiran, perniagaan, hub pendidikan, teknologi ICT
dan sebagainya.
"Rasionalnya
pembangunan WPS dipilih adalah kerana ia mempunyai sumber tanah, alam
semula jadi dan tarikan pelancong sedia ada dan wilayah ini tidak
terlibat dengan mana-mana rancangan koridor pembangunan,'' katanya.
Dr Zambry
menjawab soalan lisan Datuk Azhar Jamaluddin (BN-Changkat Jong) dalam
Persidangan Dewan Negeri Perak pada Jumaat.
Beliau
berkata, PKNP sebagai salah satu agensi yang diberi amanah oleh
kerajaan negeri untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri Perak
juga sentiasa merancang pembangunan bandar-bandar baharu agar
setanding dengan negeri-negeri lain.
Namun
begitu, katanya lagi, terdapat juga usaha oleh pihak swasta yang
memberikan cadangan kepada kerajaan negeri bagi membangunkan
projek-projek bandar baharu, termasuk daripada beberapa agensi-agensi
negeri seperti Perbadanan Menteri Besar.
Dr Zambry
juga memberitahu, PKNP sedang membangunkan Bandar Meru Raya yang
berkeluasan 2,400 ekar dan kemajuan pembangunan Bandar berkenaan
telah mencapai 80 peratus.
"Bandar
Meru Raya telah dibina mengikut kesesuaian geografi, setempat selain
menyediakan pusat perniagaan, pentadbiran, tempat kediaman di samping
dilengkapi pusat pelancongan antarabangsa,'' katanya.
Selain
itu, menurut beliau, PKNP juga sedang merancang untuk membangunkan
bandar baharu di Batu Kurau yang dikenali sebagai Bandar Satelit,
Bandar Baharu Keramat Pulai di Simpang Pulai, Bagan Datoh dikenali
sebagai Rungkup Port City.
No comments:
Post a Comment