Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Saturday 13 December 2014

Tuduhan Nizar Mengenai KUISAS Tidak Berasas









Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Dato' Dr Muhammad Amin Zakaria menafikan tuduhan ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononnya Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) beroperasi di bawah enakmen yang tidak sah.
Sambil menyifatkan tuduhan itu tidak berasas, beliau berkata, KUISAS kini beroperasi di bawah KUISAS Berhad, sebuah syarikat menurut jaminan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Perak.
Menurutnya, ia berpandukan kepada syarat penubuhan sebuah Kolej Unviersiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sewaktu penaiktarafan KISDAR -KUISAS.
Beliau menjelaskan kakitangan KUISAS bukan kakitangan awam dan hilang kelayakan di bawah perkhidmatan awam.
"Kerajaan negeri memperakukan staf KUISAS berstatus staf kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KUISAS Berhad dan Mesyuarat Lembaga Pengarah KUISAS kali pertama Bil 1/2013," katanya ketika menggulung perbahasan pada Jumaat.
Dr Amin turut menyangkal tohmahan Nizar kononnya KUISAS melantik warga Thailand untuk memegang jawatan Timbalan Rektor Akademik dan Dekan di KUISAS.
Beliau menjelaskan, jawatan Dekan dan Ketua Jabatan di KUISAS dilantik oleh Rektor dan Lembaga Pengarah KUISAS manakala Timbalan Rektor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar sekarang adalah warganegara Malaysia.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan yang kerap kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap KUISAS, beliau berkata, maklumat yang diperolehi ketua pembangkang itu mungkin daripada segelintir pensyarah yang tidak berpuas hati.
Menurutnya, Nizar sepatutnya tidak menerima bulat-bulat maklumat yang diterima itu, sebaliknya perlulah mendapatkan maklumat lanjut supaya tidak timbul fitnah.

"Sebagai wakil rakyat, Nizar seharusnya lebih bertanggungjawab dalam membuat kenyataan berhubung status KUISAS dan bukannya melempar tuduhan yang tidak berasas sehingga boleh menimbulkan fitnah," katanya.

No comments:

Post a Comment