PUTRAJAYA:
Al-Quran harus menjadi rujukan utama untuk menguruskan hal berkaitan
Islam secara berkualiti, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau
berkata, kegagalan segelintir umat Islam pada masa kini menjalani
cara hidup Islam dengan berkualiti adalah kerana tidak berpegang
sepenuhnya kepada ajaran kitab suci itu.
Berucap
merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam 2014 anjuran Universiti
Utara Malaysia di sini Isnin, Dr Mahathir berkata, keadaan itu
menyebabkan mereka terjebak melakukan perbuatan menyalahi agama
termasuk salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.
Bagi
mendalami ajaran al-Quran, beliau berkata umat Islam disaran membaca
dan memahami al-Quran dalam bahasa yang difahami sama ada tafsiran
dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, seperti yang dilakukan
beliau sendiri.
“Ini
membolehkan kita mendapat banyak maklumat kerana memahami bahasa itu,
sekali gus dapat menjalani kehidupan berkualiti untuk berjaya di
dunia dan akhirat,” katanya.
Dr
Mahathir turut menyentuh sikap segelintir umat Islam yang lebih gemar
mengikut ajaran ulama atau pemimpin-pemimpin tertentu berbanding
merujuk al-Quran.
“Kita
lagi suka mendengar apa yang disarankan ulama terkenal sehinggakan
ada yang bertentangan dengan agama pun kita sanggup terima,”
katanya.
-mStar
No comments:
Post a Comment