IPOH: Kerajaan
Negeri menyeru semua pihak termasuk orang ramai supaya memberikan
kerjasama dan maklumat terhadap sebarang pencerobohan yang berlaku
terhadap hutan simpan kekal yang telah diwartakan.
Menteri Besar, merangkap Ahli Dewan Undangan
Negeri Pangkor (BN-Pangkor) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata,
kes pencerobohan ini bukannya hanya tertakluk kepada aktiviti
pencerobohan hutan namun termasuk juga pengambilan tanah merah dan
pasir.
Katanya lagi, penyeludupan dan pengambilan
tanah merah yang berlaku di Gunung Semanggol, Kerajaan Negeri katanya
mendapati penyeludupan tersebut turut melibatkan pengambilan pasir
yang mengandungi kandungan bijih.
“Kerajaan
sentiasa mengambil perhatian kerana berlakunya pencerobohan tanah
merah ini dans menyebabkan kadar keluasan lebih daripada itu,
memantau serta meminta pejabat daerah mengambil tindakan seumpama
ini,” katanya.
Jelasnya lagi, konteks pencerobohan hutan
simpan kekal adalah melibatkan kawasan pendalaman dan kawasan tepi
pantai yang mempunyai bukit bukau yang diiktiraf hutan simpan kekal .
“Ada
yang menceroboh bukan hanya mengambil pasir tapi juga menebang
termasuk pokok gaharu dan perkara yang mencurigakan serta aktiviti
dilakukan di kawasan tertentu perlulah dilaporkan segera kepada
Kerajaan Negeri,” katanya.
Tambahnya lagi, sehingga 30 Oktober 2014,
sejumlah 995,284.96 hektar diwartakan sebagai hutan simpanan kekal
iaitu melibatkan sebanyak 68 kawasan hutan simpan seluruh Perak.
“Daripada
tahun 2006 sehingga 2014 sejumlah 15,867.01 hutan simpan telah
diwartakan hutan simpan kekal tersebut dikeluar bagi tujuan
pembangunan antaranya untuk skim perumahan, kawasan Orang Asli,
perlombongan pertanian,” katanya.
Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri telah
mewartakan sejumlah 18,866 hektar kawasan tanah kerajaan sebagai
hutan simpanan kekal dengan nama Hutan Simpan Aman Jaya pada 9 Mei
2013 yang lalu.
“Sehingga
31 Oktober 2014, lima kawasan Kerajaan diwartakan sebagai hutan
simpan kekal yang melibatkan Hutan Simpan Lekir pada 6 November
2013 (616 hektar) dan hutan simpan Kelip-Kelip (152.98 hektar) pada 6
November 2013,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan
lisan daripada Husin Din (PAS-Selinsing) dalam Persidangan Kedua
Dewan Undangan Negeri yang ke-13 hari ini.
Tambahnya lagi, Hutan Simpan Telok Muroh (116.6
hektar) pada 6 Januari 2010, manakala sebanyak 1,052 hektar
diwartakan sebagai Hutan Simpan Teluk Rubiah pada 23 Januari
2014.
No comments:
Post a Comment