Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Thursday 18 December 2014

Kerajaan Perak Anjur Program 'Bantu Kami Ke Sekolah'



Menjelang tibanya musim persekolahan, kerajaan Perak mengambil initiatif dengan menganjurkan program 'Bantu Kami Ke Sekolah'.

Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata program berkenaan merupakan satu usaha besar dimana idea asalnya adalah dari Menteri Besar sendiri.

"Kerajaan negeri mahukan satu program yang sama seperti tahun-tahun terdahulu sejak 2010.

"Tapi kali ini Menteri Besar minta dilakukan lebih besar supaya impaknya kepada negeri Perak lebih besar.

"Jadi untuk itu kita adakan kerjasama yang baik dengan banyak pihak seperti YBU, pihak korporat serta agensi kerajaan lain yang turut menyumbangkan dana untuk menjayakan program ini," katanya.

Beliau berkata demikian lada sidang media berhubung pelancaran Karnival Perak Back To School 2015, pagi tadi.

Muhammad Amin menambah, YBU selaku agensi yang berpengalaman akan menjadi peneraju utama dalam mengendalikan program-program besar itu.

"Untuk makluman awal, program ini akan diadakan pada 19-21 Disember bertempat di perkarangan Kolam Renang DBI.

"Jadi tahun ini sahaja kita mensasarkan seramai 4200 orang murid dari seluruh negeri Perak untuk kita berikan bantuan peralatan dan pakaian sekolah," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment