IPOH: Kawasan seluas 11 hektar di Perak dikenal pasti terdapatnya tumbuhan rumpai miang Mexico yang berbahaya kerana boleh menyebabkan alahan terutama kepada kanak-kanak dan dewasa.
Ketua
Jabatan Pertanian Perak, Zabidi Dun berkata, rumpai miang Mexico atau
nama saintifiknya parthenium
hysterophorus ini
berasal dari Amerika Tengah dan Selatan
Menurutnya,
rumpai ini mengambil masa sekitar tiga minggu untuk tumbuh seperti
pokok tembikai dan apabila masuk ke peringkat tiga bulan ke atas,
rupanya seakan-akan seperti pokok ulam raja yang menyebabkan
timbulnya kekeliruan dalam masyarakat.
“Rumpai
ini juga dikenali sebagai “World Worst Weed”, yang berupaya
memberi kesan kepada manusia, haiwan dan juga ekosistem pertanian dan
ianya berbahaya kerana boleh menyebabkan alahan kepada manusia dan
haiwan yang tidak mempunyai daya tahan yang kuat,” katanya ketika
mengetuai operasi menghapuskan rumpai berkenaan di Taman Chemor Maju,
dekat Ipoh.
zabidi
berkata, tumbuhan liar ini juga berupaya menganggu ekosistem
semulajadi iaitu pertanian melalui debu daripada bunganya mengenai
kulit dan mata sehingga enyebabkan alahan, ruam, kegatalan dan
pengelupasan kulit.
“Setakat
ini masih tiada kes yang serius dicatatkan dan orang ramai tidak
perlu risau cuma harus lebih berwaspada agar tidak menyentuhnya serta
mengambil langkah-langkah mengawalnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment