Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Friday 26 December 2014

Penganjuran Program Back to School



Tahniah diatas kejayaan Program Back To School baru-baru ini (YAB MB Perak, YB Dato' Dr Muhammad Amin dan YBU). Terbaik di Malaysia.
Penganjuran Program Back to School oleh kerajaan Perak melalui Yayasan Bina Upaya dilihat mampu memberi cahaya keseronokkan kepada penerima bantuan mahupun ibu bapa.
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata, adalah menjadi harapan kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum dan agama.
“Kita telah pilih seramai 4200 orang pelajar sama ada dikalangan masyarakat Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli.
Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, kerajaan negeri mahu golongan sasar memperoleh barangan persekolahan bagi meningkatkan motivasi nereka untuk ke sekolah.
“Jadi kerajaan negeri akan melakukan penambahbaikkan akan dilaksanakan saban tahun memandangkan bukan mudah untuk menguruskan penerima dalam skala yang besar.

No comments:

Post a Comment