Para
perwakilan dan ahli UMNO perlu memberitahu kepada rakyat sebab-sebab
utama Akta Hasutan dikekalkan sebagaimana ucapan Presiden parti Datuk
Seri Najib Tun Razak pada 27 November baru-baru ini sekaligus
berupaya mengenepikan tohmahan pembangkang.
Pembahas
Usul Agama dan Pendidikan Mohd Kamal Saidin berkata, keputusan
Presiden yang juga Perdana Menteri itu adalah bertujuan memelihara
keharmonian negara.
"Bagi
orang yang tidak setuju, mereka membuat pelbagai tohmahan dan fitnah.
Pembangkang telah membangkitkan kononnya Presiden (Najib) tidak
menepati janji tentang Akta Hasutan. Presiden bukannya hendak
menghapuskan akta tersebut, sekadar hendak dikajisemula dengan
syarat. Ini yang perlu dijawab apabila balik ke kawasan
masing-masing.
"Kita
akan menderita apabila negara dijajah semula. Sebab itu Akta Hasutan
dikekalkan bagi menjamin keharmonian negara."
Beliau
berkata demikian ketika membahaskan Usul Agama dan Pendidikan
mewakili negeri Kedah dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ke 68
(PAU2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Sebelum
ini ini Perdana Menteri berjanji akan mengekalkan Akta Hasutan demi
melindungi kesucian agama Islam serta dari ancaman yang boleh
menggugat kedaulatan negara.
Najib
berkata, Akta Hasutan juga membolehkan negara mengambil tindakan
terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari
Malaysia.
No comments:
Post a Comment