Ketua
Menteri atau Menteri Besar tidak mempunyai bidang kuasa untuk
mengeluarkan sebarang kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan
mengenai penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau
berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua
Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam
dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan.
"Walaupun
fatwa harus dilaksanakan di peringkat negeri dan hal ehwal agama
Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tetapi kuasa
eksekutifnya tidak terletak kepada menteri besar atau ketua menteri,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air di
Kompleks Pelancongan Bagan Datoh pada Sabtu.
Menurutnya
ini selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah memutuskan
kalimah 'Allah' adalah eksklusif untuk umat Islam.
Beliau
diminta mengulas mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,
yang dilaporkan beberapa portal berita semalam, memberi kebenaran
kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Lim
dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub
dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak
terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada
orang Islam.
Ahmad
Zahid berkata secara lazimnya Yang Dipertua Negeri memberikan
kuasanya kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam atau ketua jabatan
agama Islam negeri, bukannya hak mana-mana menteri besar atau ketua
menteri untuk menyatakan pendirian dan fatwa bagi negeri-negeri
berkenaan.
Ketika
ditanya sama ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu apabila
pembangkang terus menjadikan penggunaan kalimah Allah sebagai isu,
beliau berkata polis akan mengambil tindakan.
"Pihak
polis akan mengambil tindakan apabila ada laporan polis (dibuat),
akan melakukan siasatan selepas kertas siasatan disiapkan, ia akan
dikemukakan kepada pegawai pendakwa raya," katanya.
Menurutnya
isu berkaitan hal ehwal agama Islam sepatutnya diserahkan kepada
Mahkamah Syariah yang akan melakukan pendakwaan terhadap mana-mana
pihak.
"Tetapi
kes-kes untuk orang bukan Islam, kita serahkan atas kebijaksanaan
Mahkamah Syariah untuk melakukan tindakan," katanya.
No comments:
Post a Comment