Persidangan
Dewan Undangan Negeri Perak penggal kedua akan berlangsung selama
lima hari bermula pada 8 hingga 12 Disember ini.
Speaker
DUN, Datuk SK Devamany dalam satu sidang media berkata, mesyuarat
kali ketiga itu akan membincangkan berkaitan isu Bajet 2015.
“Persidangan
yang akan dimulakan pada 8 Disember nanti akan dimulakan tanpa ada
perasmian dimana kita akan terus adakan pembentangan.
“Pada
hari tersebut,mesyuarat akan bermula pada jam 10 pagi dan dijangka
tamat pada jam 1.20 petang,” katanya.
Beliau
berkata, persidangan akan membincangkan berkaitan dengan pembentangan
Bajet 2015.
Jelasnya,
ia akan berlangsung bermula dengan pembentangan surat-surat Dewan
Negeri, dan seterusnya soalan lisan kepada perbahasan yang telah
dibentangkan.
“Kita
akan ada pembentangan Enakmen iaitu Perbekalan 2015 (Bajet 2015) yang
akan berlangsung sehingga hari terakhir persidangan.
“Pada
12 Disember, iaitu pada hari Jumaat, kita akan mengadakan sesi
penggulungan perbahasan daripada ahli-ahli exco bagi tempoh satu
hari.
“Saya
menjangkakan perkara tersbut akan berlangsung sehingga lewat malam,”
tambahnya.
Dalam
pada itu, beliau meminta kepada semua pihak yang terlibat untuk
memberikan kerjasama dengan mematuhi semua arahan yang telah
dikeluarkan.
“Kita
mesti mengikut etika yang telah ditetapkan oleh Dewan bagi
melancarkan perjalanan sidang Dewan itu nanti,” jelas Devamany
lagi.
No comments:
Post a Comment