Hari
ini Dato Dr.Muhammad Amin Zakaria hadir ke Majlis Makan Malam Amal
anjuran Pengerusi-pengerusi JKKK Kampung Baru bersama masyarakat Cina
Larut . Turut hadir juga adalah Pengerusi Kampung Baru Batu Kurau,
Pengerusi Kampung Baru,Kampung Jelai, Pengerusi Kampung Baru Hulu
Sepetang, Pengerusi Kampung Baru Redang Panjang, Pengerusi Kampung
Baru Kubu Gajah, Pengerusi Kampung Baru Pondok Tanjung dan Pengerusi
Kampung Baru Selama. Selain itu juga Turut kelihatan ialah Penghulu
Mukim Batu Kurau, Ketua Kampung Batu 15 serta para jemputan dalam
kalangan penduduk setempat. Majlis diisi dengan ucapan wakil
pengerusi Kampung Baru dan YB ADUN Batu Kurau. Ada juga cabutan
bertuah dan persembahan karaoke. Alhamdullilah Semuanya berjalan
dengan meriah dan mesra sekali.Terima kasih kepada semua yang hadir
memeriahkan majlis ini.
No comments:
Post a Comment