Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Monday 8 December 2014

Bajet 2015 Adaptasi Tema Perak Amanjaya, Rakyat Terpelihara



IPOH:Kerajaan Negeri mendaptasikan tema ‘Perak Amanjaya, Rakyat Terpelihara’ yang menumpukan kepada lima fokus utama dalam pembentangan Bajet 2015 kali ini.
Lima fokus utama seperti merancakkan pertumbuhan ekonomi yang berkualiti dan lestari, menjana pertambahan hasil negeri dan memantapkan program kesejahteraan rakyat secara inklusif.
Selain itu, adalah untuk  mengupayakan modal insan yang cemerlang, memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, mengeratkan kerjasama awamn dan swasta dan mempertingkat kapasiti dan jaringan infrastruktur serta kemudahan awam.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam perbentangan bajet berkenaan sebentar tadi antara lain memberi penekanan yang menarik iaitu memberi fokus kepada Yayasan Bina Upaya menerusi peruntukan sebanyak RM7 juta ringgit melalui program seperti Skim Iktisad Bina Upaya (IBU), Skim Mikro Kredit Amanjaya Belia Niaga, Skim Pembiayaan Kluster Ekonomi Keluarga dan Kiosk Amanjaya.
Ia merangkumi Skim  Iktisad Bina Upaya sebanyak RM4 juta ringgit, Skim Mikro Kredit Amanjaya Belia Niaga, Skim Pembiayaan Kluster Ekonomi keluarga dan Kiosk Amanjaya masing-masing sebanyak RM1 juta ringgit,” katanya.
Jelasnya lagi, sehingga November tahun ini pinjaman sejumlah RM4.33 juta telah diluluskan bagi tujuan berkenan.
Kerajaan negeri juga buat pertama kalinya menyediakan perkhidmatan perlindungan insurans atau takaful kelompok bagi ketua kampung Tradisional dan kampung baru.
Peruntukan sebanyak RM100 ribu ringgit akan disediakan mulai tahun hadapan,” katanya.
Sementara itu, menyedari akan keperluan menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Negeri Perak yang berpendapatan rendah dan sederhana, pembentangan bajet 2015 kali ini akan terus menjalankan perancangan berkenaan.
Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah diamanahkan untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik sehingga tahun 2018, sehingga kini sebanyak 1,680 unit rumah mampu milik akan dimulakan pembinaanya di pekan Tapah Road dan 1,720 unit rumah di Bandar Meru Raya,” katanya.
Bagi tahun hadapan peruntukan sebanyak RM5 juta ringgit ditambah menjadi RM10 juta ringgit lantas menjadikan jumlah kumulatif sebanyak RM23 juta ringgit melalui skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA).
Peruntukan sebanyak RM7.19 juta ringgit akan disediakan untuk dua program Perumahan Rakyat (PPR) iaitu di Daerah Hilir Perak,(100 unit pangsa) dan Kerian (100  unit teres),” katanya.

Insentif yang masih diteruskan bagi pembentangan bajet 2015 ini juga antaranya seperti bayaran elaun kepada guru KAFA sebanyak RM200 ringgit sebulan, RM100 ribu ringgit kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia negeri Perak dan RM100 ribu ringgit kepada persatuan Persara kerajaan Malaysia Bahagian Perak.

1 comment:

  1. Assalamualaikum... sya ingin bertanyakan tentang tuntutan insurance arwah ibu sya yg hampir 6 tahun masih belum dapat dari pihak ybu.. bagaimana cara untuk saya buat?

    ReplyDelete