KUALA
KANGSAR : Kerajaan akan menentukan kaedah bantuan kewangan bagi
membantu mangsa banjir.
Demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai kemusnahan harta benda akibat bencana banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur dan Perak.
Menurutnya, bantuan itu akan akan diputuskan apabila banjir sudah selesai termasuk membaik pulih kemudahan asas dan aset-asetnya yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir.
“Saya tidak dapat nyatakan jumlahnya pada masa ini kerana air belum surut.
“Kita akan tunggu apabila banjir sudah selesai, barulah kita akan buat pernilaian yang sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini, selepas melakukan lawatan meninjau keadaan banjir di daerah Kampung Gajah, Pasir Salak, Parit, Lambor Kiri dan Lambor Kanan serta daerah ini.
Menurutnya, sehingga kini seramai 7,953 mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri ini.

No comments:
Post a Comment