IPOH
: Menteri
Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan pembentangan
Bajet negeri bagi tahun 2015 kali mengambil kira keadaan
serta perkembangan ekonomi menjelang tahun hadapan.
“Pembentangan
kali ini mengambil kira dan berteraskan kepada lima fokus utama
iaitu melihat satu bajet yang realistik dan mampu dicapai
mengikut kemampuan kita,” katanya.
Beliau
berkata demikian sejurus selepas pembentangan bajet 2015 di
Persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri
Yang Ketiga Belas bersidang, hari ini.
Katanya
lagi, berdasarkan suasana ekonomi negara pada tahun hadapan bajet
kali ini memfokuskan kepada lima teras utama yang bertemakan “Perak
Aman Jaya, Rakyat Terpelihara’.
Tambahnya
lagi, Bajet kali ini juga tidak mempunyai banyak perbezaannya kerana
bajet yang dirangka oleh Negeri Perak adalah berdasarkan kepada Bajet
Perak Amanjaya yang menjadi visi negeri dan telah ditetapkan selama
ini tanpa perlu menukarnya.
“Berdasarkan
kepada perancangan jangka panjang dan untuk menepati segala
yang ditetapkan dalam Perak Amanjaya 7 KRA (Bidang Keberhasilan
Utama),” ujarnya lanjut.
Jelasnya
lagi pembentangan bajet kali ini juga menekankan kepada
aspek yang berupaya memenuhi segala fokus yang ditetapkan
dalam tempoh jangka panjang kelak.
“Satu
aspek dalam bajet kali ini berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan peruntukan penting dengan bantuan Kerajaan Persekutuan,”
katanya.
Tambahnya
lagi, terdapat bajet yang tidak disenaraikan dalam di dalam Rancangan
Malaysia Ke-10, namun hasil usaha di peringkat Kerajaan Negeri, kita
telah berjaya mendapatkan peruntukan besar iaitu bantuan daripada
Kerajaan Persekutuan.
“Cabaran
yang dihadapi Kerajaan Negeri ialah daripada segi pertambahan
kos pengurusan meskipun hasil negeri yang naik pada kadar yang
terlalu perlahan disebabkan oleh faktor cukai yang tidak dapat
dinaikkan berdasarkan keadaan ekonomi,” katanya.
Kerajaan
Negeri juga katanya, kali ini mengambil pendekatan sekiranya dapat
membuat satu unjuran yang lebih realistik berdasarkan kemampuan
Kerajaan Negeri.
No comments:
Post a Comment