KARIM'S
BLOG -
Setelah 5 bulan kita menunggu, kini sah sudah bahawa PM Najib akur
dengan janjinya yang dibuat di hadapan Majlis Raja-raja Melayu pada
taklimat khas persidangan MRR pada bulan Jun lalu.
Semasa
taklimat khas tersebut, selepas penerangan dibuat oleh Tan Sri Abdul
Aziz Abdul Rahman dan Tun Hanif Omar, Najib mempertegaskan bahawa
beliau memberi janji dan komitmen tidak akan meneruskan RUU Harmoni
di hadapan MRR.
Namun,
kita tetap gelisah dengan gaya bahasa ucapan-ucapan politik Najib
selepas itu kerana beliau juga telahpun menbuat janji untuk
menghapuskan Akta Hasutan pada tahun 2012 – sebelum PRU13.
Maka
kita risau, mana satu janji yang ingin Najib tunaikan. Beranikah
beliau mungkir janji dengan Duli-duli Raja-raja Melayu?
Atau
beliau bimbingan juga dengan janjinya untuk menghapuskan akta
tersebut bagi menghadapi PRU13. Akhirnya Najib pilih untuk taat setia
dengan janjinya dengan Raja-raja Melayu. Syabas.
Tidak
perlu risau janji anda dengan para pengundi. (Baca) Mereka yang
mengundi anda untuk PRU13 adalah mereka yang membantah hasrat anda
untuk menghapuskan Akta Hasutan.
Mereka
yang TIDAK MENGUNDI anda adalah mereka yang beria hendak menghapuskan
Akta Hasutan. Keputusan anda pada hari ini adalah bijak dan berani.
No comments:
Post a Comment