TELUK INTAN : Menteri Besar meminta pihak swasta sentisif dengan situasi banjir dan perlu patuh arahan pembatalan acara sambutan 2015.
Datuk
Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, susulan titah Sultan Perak, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah bahawa sebarang acara konsert atau acara yang
berunsurkan hiburan yang telah dirancang Kerajaan Negeri atau
mana-mana agensi Kerajaan Negeri menjelang sambutan tahun baru nanti,
acara tersebut hendaklah dibatalkan.
Kerajaan
Negeri telah membuat keputusan untuk sebarang perayaan sambutan tahun
baharu 2015 yang dirancang adalah dibatalkan.
“Tidak
akan ada sebarang upacara sambutan kerana kita berada dalam sebegini
tidak baik untuk mengadakan sambutan dengan penuh
kegembiraan,”katanya.
Jelasnya
lagi, semua pihak perlu menghormati perasaan mangsa-mangsa banjir di
beberapa kawasan di perak.
Katanya
lagi, jika terdapat agensi swasta yang berkeinginan untuk tetap
menganjurkan perayaan tersebut seharusnya lebih sensitif dengan
situasi kini.
“Jika
mereka tetap ingin mengadakannya Kerajaan Negeri tidak boleh
menghalang,” katanya.
Jelasnya
lagi, arahan tersebut merupakan arahan yang dikeluarkan secara rasmi
kerajaan.
“Kalau
mereka simpati dengan masalah yang sedang berlaku ini pastinya mereka
akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment